Resepi Salmon Grill Merbeles Macam Dicafe
Resepi seterusnya ini merupakan resepi berasaskan ikan yang meyihatkan dan memberi kebaikan pelbagai zat dan vitamin yang diperlukan oleh tubuh badan kita. Ikan salmon merupakan ikan yang perlu di import daripada luar negara dan harganya juga agak mahal. Namun begitu ianya amat digemari kerana mempunyai kandungan omega3 yang sangat tinggi. Penggemar ikan salmon ini biasanya terdiri pada mereka yang sedang berdiet atau mengamalkan gaya pemakanan yang sihat.
Bagi anda yang ingin mencuba sesuatu yang baharu sebagai hidangan untuk keluarga anda berikut adalah bahan-bahan diperlukan untuk anda menghasilkan salmon grill ini.
Bahan-bahan
- 1 keping ikan salmon
- 4 ulas bawang putih cincang
- 1 biji lemon
- Garam & Serbuk perasa
- Serbuk lada hitam
- Sedikit oregano
- Minyak zaitun
- Bijan
Kaedah
- Perasakan ikan dengan garam, serbuk perasa dan lada hitam
- Perahkan jus lemon ke atas kepingan ikan salmon
- Taburkan lada hitam, oregano
- Gaulkan dengan bahan putih dan halia
- Perap selama setengah jam
- Letakkan sedikit minyak zaitun didalam kuali
- Grill ikan salmon sehingga masak
- Hidang bersama salad
- Siap!
Walaupun ada beberapa lagi resepi lain yang menggunakan ikan salmon sebagai bahan utama. Namun begitu ianya paling sedap jika ianya digrill terutamanya di bahagian kulit nya kerana ianya rangup dan sedap, anda perlulah mencubanya sendiri untuk merasai keunikkan dan keenakannya selamat mencuba!
Resepi Menarik Lain
Terima kasih kerana melayari laman web kami. Disini ada pelbagai koleksi resepi yang telah dicuba dan terbukti menjadi.Jadi jangan lupa mencuba dan like dan share juga ya!