Resepi Salmon Grill Dan Asparagus Bersama Sos Hollandoise

Resepi kali ini merupakan masakan berasaskan ikan salmon dan menarik kali ini kerana ia dihidang bersama sos hollandaise iaitu sos yang diperbuat dari kuning telur, lemon dan juga butter cair. Pembuatannya mirip mayonis namun ia menggunakan butter cair yang memberi rasa yang terasa mewah dan lebih enak. Sos ini berasal dari belanda dan biasanya ia dihidang bersama ikan salmon dan juga asparagus. Bagi mencuba resepi ini berikut adalah bahan-bahan yang digunakan.

Bahan-bahan

  • 1 keping ikan salmon ( perasakan dengan garam dan lada sulah)

Kaedah

  • Grill hingga masak dalam kuali leper dengan minyak yang minima.

Bahan-bahan asparagus

  • Secekak asparagus (buang bahagian yang keras)
  • Seulas bawng poutih ( ketuk dan cincang)
  • 1 tbsp minyak zaitun

Kaedah

  • Tumis bawang putih menggunakan baki minyak goreng ikan tadi
  • Kemudian masukkan sayur asparagus.
  • Tambah garam dan sesuau minyak zaitun supaya ia lebih menarik.

Resepi Sos Hollandaise

  • 2 biji kuning telur
  • 1tbsp jus lemon
  • 1tsp lada sulah atau lada hitam
  • 1tsp dijon mustard
  • ½ cawan butter cair

Kaedah

  • Masukkan semua bahan kecuali butter dalam blender
  • Kisar semua bahan dan bila dah sebati tambahkan butter sedikit demi sedikti hingga ia menjadi pekat dan likat.
  • Tuang sos atas ikan salmon sebelum dihidang.
  • Siap!

Jika anda teringin menghidangkan sesuatu yang mewah dan menarik apakata anda cuba resepi ini. Selain ikan salmon anda boleh juga menggunakan ikan lain yang dirasakan sesuai dengan citarasa anda,selamat mencuba! 

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Resepi Menarik Lain