Resepi Salad Avocado Dan Sos Tahini Sekali Sekala Tukar Selera

Resepi salad kali ini agak unik kerana ia jarang-jarang didapati dimana-mana hatta direstoran. Salad ini amat sesuai bagi mereka yang ingin lebih khasiat dan kenyang. Dalam resepi ini sayur kale yang sangat tinggi pottasium dan pelbagai mineral digabung bersama avocado yang terkenal kerana kandungan lemak sihat dan juga memberi rasa lebih kenyang. Berikut adalah bahan yang digunakan  yang boleh didapati pasaraya.

Bahan-bahan

  • Segenggam daun kale
  • 1 biji avocado yang telah masak (berwarna gelap dan lembut bial ditekan)
  • Daun salad iceberg
  • Beetroot
  • Timun

Kaedah

  • Bersihkan semua daun dan potong kasar-kasar
  • Bersihkan beetroot dan hiris nipis
  • Bersihkan timun dan hiris nipis
  • Keluarkan isi avocado dan potong kiub

Bahan-bahan sos Tahini

  • ¼ cawan tahini
  • 2tbsp jus lemon
  • 2 ulas bawang putih (disangat atau cincang)
  • 1 titis stevia drop/1tbsp madu
  • Secubit garam

Kaedah

  • Gaul semua bahan dan tambah sedikit air jika ia terlalu pekat.

Penyediaan salad

  • Campur semua salad dan gaul dengan sos tahini sebelum dihidangkan.
  • Siap!

Sos yang digunakan didalam resepi ini ialah pes tahini yang diperbuat dari bijan yang dikisar hingga mengeluarkan minyak dan memberi rasa yang sedap dan aroma yang menarik, ianya boleh didapati dipasaraya yang menjual barangan makanan import seperti di Jaya Grocer selamat mencuba! 

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Resepi Menarik Lain