Resepi Roti Putih (Guna Mixer)
Resepi ini merupakan resepi roti putih yang biasanya kita beli dikedai runcit atau pasaraya. Walaupun ia nampak seperti susah untuk disediakan, sebenarnya roti putih menggunakan bahan yang minima sahaja. Roti putih sangat versatile, kerana selain dinikmati diwaktu pagi sebagai sarapan ia juga sesuai dibuat sandwich, sardine roll ataupun puding roti. Jika anda peminat roti putih berikut adalah bahan yang anda boleh temui di pasaraya atau runcit.
Resepi Roti Putih
Bahan-bahan
- 375g tepung roti
- 30g gula
- 3/4tsp garam
- 20g butter (salted)
- 1tsp instant dry yeast
- 240g susu kotak (sejuk)
Kaedah (Guna Heavy Duty Mixer)
- Campurkan tepung roti, gula, yeast dalam mangkuk pengadun dan mix kan sampai sebati.
- Masukkan garam, susu dan gunakan mesin pengadun (heavy duty) gunakan kelajuan perlahan dan kemudian sederhana.
- Adun sampai adunan semua sebati dan membentuk doh.
- Tambah butter, dan uli sampailah doh berkilat dan licin. Proofkan doh (rehatkan untuk kembang) sampai saiz jadi 2 kali ganda. Beratnya lebih kurang 660gram.
- Bahagikan kepada 3 bahagian sama berat dan rehatkan 10 minit.
- Leperkan doh dan buat bentuk segi empat.
- Kemudian lipat dan gulung agar jadi bergulung sedikit dan masukkan dalam loaf pan.
- Proofkan lagi 60 minit. Biasanya akan sampai atas penutup loaf pan tu.
- Tutup loaf pan dan bakar pada suhu 190C selama 30 minit.
Jika anda tidak mempunyai mesin pengadun, doh ini masih boleh disediakan menggunakan tangan. Anda perlu menggunakan teknik ‘bunting’ iaitu sejenis teknik menghempas doh atas meja sehingga n ia menjadi elastik. Sebab itulah tukang roti biasanya lelaki yang gagah perkasa.
Namun roti ini tidak lah sukar untuk dibuat. Anda harus cuba sendiri resepi ini dan anda pasti teruja dengan hasilnya nanti. Selamat mencuba.
Resepi – resepi lain yang menarik
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.