Resepi Ribena Soda 2 Bahan Je Penghilang Dahaga Musim Panas
Resepi ini adalah minuman yang paling ringkas dan paling mudah untuk disediakan. Ribena soda adalah air ribena yang dicampur dengan aiskrim soda. Sangat sesuai dihidangkan diwaktu berbuka puasa ataupun sekadar melepaskan dahaga.Minuman ini adalah idea dari pelbagai sumber dalam internet yang selalu menginspirasi minuman dan makanan yang ringkas tapi sedap. Jom kita lihat bahan yang digunakan.
Bahan-bahan
- Ribena Kordial
- Aiskrim soda
- Air batu
Kaedah
- Tuang ribena kordial dalam gelas
- Tambah air batu
- Tuang air aiskrim soda.
- Siap!
Minuman ini sangat cepat untuk disediakan anda cuma perlu tuang Rebina dan kemudian tambah air batu barulah masukkan aiskrim soda dengan itu yang menghasilkan lapisan yang sangat menarik seperti mocktail. Sesuai sangat untuk tetamu yang datang secara tiba-tiba! Selamat mencuba.
Resepi – resepi lain yang menarik
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.