Resepi Tradisional, Moden & Terkini

5 Resepi Quiche Pastri Dari Perancis

author name

📄

Quiche ialah pastri tart yang berasal dari Perancis. Tart yang terdiri daripada kerak pastri yang dipenuhi dengan isi keju, daging, ayam dan juga sayur-sayuran. Kalau anda nak tahu quiche juga boleh dihidangkan sama ada sejuk atau panas kedua-duanya memang sedap dinikmati.

Keju dan pastri memang tidak asing lagi untuk peminat pastri ini yang berasal dari Perancis. Kombinasi kedua-dua bahan ini menjadi lebih sedap apabila dihidangkan dengan hidangan sampingan lain untuk memberikan rasa yang seimbang. Kalau anda mungkin dah muak dengan nasi, sesekali boleh cuba hidangan quiche ini.

Jom baca koleksi resepi quiche yang telah kami kongsikan untuk anda.

1. Resepi Quiche Tuna Cheezy

Resepi pertama quiche ini berasaskan tuna atau ikan sardin bersama cheese. Nampak menarik dan menyelerakan resepi dari Rozmaliza Omar ini. Jom baca!


Bahan-bahan

Bahan Pastri

  • 220 gm tepung gandum
  • 125 gm mentega sejuk didadu
  • 4 sdb air sejuk ais
  • 1 sdb gula kastor
  • 1/4 sdt garam
  • 2 cawan kacang hijau

Bahan Inti

  • 1 tin tuna flakes
  • 1 labu bawang besar holland dihiris bulat
  • 4 tangkai daun bawang hiris
  • 1 keping keju cheesedale atau 2 sdb keju cheddar diparut
  • 1 sdt serbuk lada hitam

Bahan Kastard

  • 3 biji telur
  • 1/2 cawan susu segar
  • 1/2 cawan mayonis
  • Secubit garam

Cara Penyediaan

Pastri

  1. Masukkan tepung dan gula kastor dalam satu bekas. Gaul hingga rata.
  2. Masukkan mentega dan gaul hingga menjadi serbuk roti.
  3. Tuang air ais sedikit² dan gaul hingga tidak melekat di tangan.
  4. Bulatkan doh, wrapkan dengan plastik cling, simpan dalam peti sejuk selama 30 minit.
  5. Setelah itu canaikan doh 1/2 inci tebal dalam acuan tartbsaiz 8 inci. Cucuk doh dengan garfu.
  6. Alas doh dengan kertas minyak dan letakkan kacang hijau atasnya. Cara ini untuk menjadikan pastry masak cantik.
  7. Bakar doh selama 20-25 minit dgn suhu 170c. Kemudian alihkan kertas minyak dan kacang hijau. Sambung bakar hingga permukaan pastri keperangan. Keluarkan dari oven.

Inti

  1. Gaulkan tuna flakes dengan daun bawang dan serbuk lada hitam.
  2. Letakkan atas pastri tadi. Susun hirisan bawang besar atasnya.
  3. Tuang perlahan² bancuhan kastard atas inti hingga penuh.
  4. Susunkan capsicum dan daun bawang hiris. Siat²kan keju dan taburkan atas bahan hiasan
  5. Bakar pada suhu 170c selama 30 minit atau hingga permukaan quiche keperangan.
  6. Setelah masak sejukkan dulu sebelum dipotong. Selamat mencuba

2. Resepi Quiche Mini Saiz

Kalau nak mudah dan merancang untuk adakan potluck, quiche saiz mini sesuai sangat untuk dihidangkan. Resepi ini dari Mariam Haji Maidi.

Bahan-bahan

Bahan crust

  • 125g mentega
  • 40g icing sugar
  • 1 biji kuning telur
  • 250g tepung gandum

Bahan inti

  • 1/2 bawang besar (dicincang halus)
  • 1/4 lada benggala hijau (dicincang halus)
  • 1/2 cawan mushroom (fresh/dalam tin, dihiris)
  • 1 keping isi ayam (dipotong dadu kecil2)
  • 2 sudu teh sos tiram
  • 1/4 sudu teh serbuk lada putih

Cara Penyediaan

Crust

  1. Mix mentega dengan icing sugar sampai creamy (guna hand mixer).
  2. Masukkan kuning telur dan mix lagi sampai sebati.
  3. Masukkan tepung dan uli menggunakan tangan(doh die mmg akan crumbly sikit).
  4. Tekankan doh tadi ke dalam acuan tart/pie.
  5. Bakar pada suhu 170c selama 20-30 minit atau sampai masak.

Inti

  1. Tumis bawang besar, lada benggala, mushroom dan isi ayam sampai ayam separuh masak.
  2. Kemudian masukkan sos tiram dan serbuk lada putih.
  3. Biarkan sehingga ayam masak sepenuhnya. Dikacau sekali sekala.
    Cara membuat quiche:
  4. 1 cawan susu segar/susu cair+sebiji telur+secubit garam+secubit serbuk lada hitam.
  5. Setelah crust tadi masak, masukkan isi ayam, adunan telur dan cheddar cheese yg digarut.
  6. Bakar pada suhu 170c selama 30-35 minit atau sehingga adunan telur masak sepenuhnya.

3. Resepi Quiche Ayam

Siapa sahaja yang tak suka dengan makanan berintikan ayam kan? Resepi quiche ayam dari Nazifah Hanim ini memang enak makan pula ketika panas memang sedap.

Bahan-bahan

Bahan pastri

  • 220g tepung gandum
  • 125g mentega sejuk didadu
  • 1 sdb gula aising
  • 1/2 biji telur

Bahan inti A

  • 1 cawan isi ayam di dadu/cincang
  • 1 biji bawang besar didadu
  • 2 biji bawang putih dicincang
  • 3-4 kuntum cendawan
  • Sedikit mix vegie kalau suka
  • 1 camca besar butter
  • 1/2 cawan susu segar
  • 1/2 sudu lada hitam @ ikut byk mana kita nak
  • 1 biji cili merah dihiris (optional)

Bahan inti B

  • Telur 3biji
  • 1/2 cwn susu segar

Kocak sebati

Cara Penyediaan

Pastri

  1. Mix tepung + gula aising dan gaul rata.
  2. Masukkan mentega dan gaul lagi
  3. Masukkan telur yg dah dikocak 1/2 biji. Gaul sebati sampai doh lembut & tak melekat pada jari
  4. Tekan doh ke dalam acuan dan cucuk doh dengan garfu.
  5. Siap untuk dibakar : tip untuk elak bahagian pastri mengelembung masa bakar boleh letakkan aluminium foil diatas doh dengan kekacang sebagai pemberat.
  6. Bakar doh selama 20-30 minit pada suhu 160° atau ikut suhu oven memasing. Kalau tak masak tambah je masa lagi 😂.

Inti

  1. Untuk inti A, panaskan mentega dan tumis bawang merah+putih sampai naik bau, masukkan cili, kacau. Masukkan isi ayam+cendawan, tumis sampai separuh masak.
  2. Selepas itu masukkan kedalam doh yang dah siap dibakar tadi dan tuang inti B sampai menyalut semua bahagian inti A.
  3. Leetak cheese on top.
  4. Tabur sikit daun sup yang dicincang.
  5. Panaskan oven & bakar 15-25min/150° atau ikut oven memasing. Kalau tak masak, tambah lagi masa tapi jangan sampai hangit.

4. Resepi Spinach Quiche

Resepi quiche ini sesuai untuk yang gemar makan sayur terutamanya bayam. Spinach quiche ini memang sesuai untuk ada nikmati dengan tekstur rangup memang enak resepi dari Keroroyz Royz ini.

Bahan-bahan

  • 3-4 kpg puff pastry
  • 1/2 bj bwg holland/merah dihiris
  • 200g baby spinach dihiris
  • 1 tin kecil tuna chunks dlm olive oil – hancurkan dengan garfu
  • 400ml susu
  • ½ cup mayonis/sour cream/yogurt – optional
  • 4 bj telur
  • 250g keju cheddar diparut
  • Garam & serbuk lada hitam secukup rasa
  • 1 sdk olive oil

Cara Penyediaan

  1. Panaskan oven pada suhu 180c. Gliskan loyang yang sesuai. Ambil sekeping puff pastry, taburkan sedikit tepung & gelek menjadi agak nipis. Letakkan didalam loyang, trim bagi kemas.
  2. Alas permukaan puff pastry dengan kertas baking & masukkan kekacang/beras & bakar selama 15min.
  3. Alihkan kekacang & kertas baking dari puff pastry & ketepikan.
  4. Panaskan olive oil & tumis bawang hingga wangi. Masukkan bayam dan masak sekadar layu sahaja tutup api. Sudukan ke atas puff pastry tadi. Taburkan tuna di atas bayam
  5. Didalam jug kecil, satukan susu, mayonis, telur, garam & lada hitam. Whisk sebati. Kemudian tuangkan keatas inti bayam & tuna. Taburkan keju dilapisan atas. Tekan sdikit keju supaya rata & sebati dengan inti.
  6. Kemudian masukkan kedalam oven & bakar selama 30-35min atau hingga keju keperangan.

5. Resepi Chicken and Mushroom Quiche

Resepi terakhir ini adalah quiche berintikan mushroom dan chicken. Dengan isi yang mampat dan kepingan tepi quiche yang rangup memang sedap bila dinikmati. Resepi ini dari Ariza Ariffin.

Bahan-bahan

Bahan pastri

  • 250gm salted butter
  • 10gm icing sugar
  • 1sk esen vanila
  • 2 biji kuning telur
  • 1 biji putih telur
  • 420gm tepung gandum

Bahan filling

Bahan custard

  • 200gm full cream milk
  • 200gm cooking cream
  • 4 biji telur
  • Garam
  • Lada sulah

Bahan topping

  • Grated mozarell & cheddar cheese .
  • Hirisan fresh parsley

Cara Penyediaan

Pastri

  1. Dalam standmixer creamkan butter sejuk , gula icing & esen vanila.
  2. Masukkan telur & biar sebati.
  3. Masukkan tepung & adun sehingga menjadi doh.
  4. Wrap dengan cling plastic & simpan dalam chiller dalam 10 minute.
  5. Canaikan adunan tepung & lapis kemas ke dalam loyang pie.
  6. Cucukkan dengan garfu.
  7. Bakar 180’C – 10 minute.

Filling

  1. Tumis bawang Holland.
  2. Bila bertukar warna, masukkan hirisan ayam panggang.
  3. Biar layu sedikit, masukkan hirisan button mushroom.
  4. Masak sebentar.
  5. Chilli flakes , garam & garlic parsley salt.
  6. Bila ayam masak tutup api.

Penyusunan

  1. Letakkan filling ke dalam adunan pie yang dibake half cook tadi.
  2. Tuang bancuhan custard.
  3. Letakkan topping.
  4. Lapik loyang pie dengan tray.
  5. Bakar dalam oven yang dipanaskan dulu.
  6. 180’C , api atas bawah.
  7. Bake sehingga pie keperangan.

Resepi Menarik Yang Lain

Kalau anda sedang mencari resepi yang mudah dan sedap, jangan lupa scroll semua menu yang telah kami sediakan untuk anda. Terima kasih juga telah menjadikan website kami sebagai rujukan.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *