Resepi Popia Pisang Popis Makanan Viral
Resepi ini merupakan resepi pencuci mulut yang sangat sesuai dihidangkan di dalam hidangan minum petang. Ia merupakan hidangan yang digabungkan di antara pisang dan juga kulit popia. Cara membuatnya juga amat mudah dan pisang yang digunakan di dalam resepi ini ialah pisang emas atau pisang berangan. Ini kerana pisang jenis ini lebih manis dan bertambah sedap bila dibalut dengan kulit popia sebelum dicurah dengan coklat. Baiklah bagi anda yang ingin mencubanya berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.
Bahan-Bahan
- Kulit popiah secukupnya
- Pisang berangan secukupnya ~ potong kecil atau belah dua
- Chocolate chips secukupnya
- Gula pasir secukupnya
- Sedikit air
- Minyak masak untuk menggoreng
- Parutan cheddar cheese secukupnya
- 50g dark choc
- 50 ml susu cair
- Cairkan coklat kemudian tambah susu cair sikit demi sedikit.
- Bentangkan sehelai kulit popiah di atas pinggan.
- Letakkan pisang (jika besar ptong sedikit)
- Gulung dan sapu air di hujung kulit popiah.
- Kemaskan balutan. Buat sehingga habis.
- Panaskan minyak. Goreng sehingga kuning keemasan.
- Angkat dan toskan.
- Curah choc ganache dan tambah parutan coklat putih atau cheese cheddar.
- Siap!
Untuk hiasan selain dari coklat anda juga boleh menambah bahan lain seperti coklat rice, Nestum, corn flakes ataupun kacang badam yang telah dibakar lebih awal. Diharap anda akan mencuba sendiri resepi ini sebagai hidangan untuk keluarga anda! Selamat mencuba!
Resepi – resepi lain yang menarik
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.