Resepi Pizza Roti (Piza Mudah)

Resepi kali ini merupakan sebuah berasaskan roti putih yang amat popular kerana ia amat mudah untuk disediakan. Piza roti ialah piza yang menggunakan roti putih sebagai dasarnya, berbeza dari doh yang biasa digunakan. 

Manakala intinya pula mirip inti piza yang biasa dijual dikedai. Bagi anda yang ingin mencuba sendiri piza mudah ini, berikut ialah bahan yang diperlukan.

Resepi Pizza Roti
Bahan-bahan

  • Roti putih
  • Keju cheddar
  • Keju mozarella @ keju topping piza
  • Sosej – rebus separuh masak
  • Bawang holland
  • Bawang putih
  • Marjerin
  • Sos pasta @ sos tomato

Kaedah 

  • Gris loyang dengan marjerin kemudian susun roti sandwic dalam dulang. Renjis air sedikit supaya roti menjadi lembut.
  • Sapu sos tomato @ pasta pada roti dengan secukupnya.
  • Kemudian susun kepingan keju cheddar.
  • Satukan kesemua bahan-bahan lain ( kecuali keju mozarella )dalam mangkuk dan gaul rata. Sudukan ke atas roti dengan secukupnya.
  • Kemudian susun kepingan keju cheddar.
  • Satukan kesemua bahan-bahan lain ( kecuali keju mozarella )dalam mangkuk dan gaul rata. Sudukan ke atas roti dengan secukupnya.
  • Setelah keju cair, keluarkan dan sedia dinikmati bersama sos cili.
  • Siap.

Inti yang digunakan didalam resepi ini merupakan yang paling ringkas. Jika anda ingin menambah sendiri inti,itu lebih baik. Gunakan keju mozarela untuk mendapatkan efek tarik. Bagaimana pun anda juga boleh menggunakan keju lain juga, terpulanglah pada citarasa anda. Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Resepi Menarik Lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *