Resepi Pelaling Masak Asam Jawa Masakan Thai Diolah Ikut Selera Kita
Resepi kali ini merupakan sebuah resepi yang dipilih dari masakan Thailand yang menggunakan ikan. Thailand sememangnya terkenal dengan masakan yang sedap yang sangat sesuai dengan tekak dan selera orang kita. Kebiasaan Luna masakan ini menggunakan ikan siakap a sebagai bahan utamanya, namun dalam perkongsian kali ini ikan yang digunakan ialah ikan pelali sahaja. Baiklah berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.
Bahan-bahan
- 6-8 ekor pelaling
- 3 akar ketumbar, dibersihkan
- 3 ulas bawang putih
- 2 cili api merah
- ½ inci halia
- 1/4 cawan jus asam jawa
- 2 sudu air gula
- 1 sudu besar sos ikan
- Garam dan serbuk perasa secukupnya.
- 1-2 sudu air jika perlu
- Goreng ikan pelaling dan ketepikan.
- Untuk bahan sos, tumis bahan kisar dan kemudian tambah bahan lain.
- Tuang diatas ikan pelaling yang telah digoreng.
- Hias dengan daun ketumbar.
- Siap!
Resepi asal ini menggunakan ikan siakap sebagai bahan utamanya, namun anda boleh mengguna ikan jenis lain yng anda suka juga. Seperti biasa bahan-bahan dalam masakan Thailand mesti menggunakan daun ketumbar, serai, cili api dan asam. Masakan ini mempunyai rasa masak-masam manis dan pedas. Gabungan ini paling enak dimakan bersama nasi panas sebagai hidangan utama, selamat mencuba!
Resepi – resepi lain yang menarik
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.