Resepi Overnight Oats Blueberry Coklat Sempoi Giler

Bagi mereka yang berminat untuk menjaga kesihatan badan dengan mengamalkan pemakanan yang sihat, perkongsian kali mungkin akan membantu.

Resepi yang dikongsikan kali ini ialah salah satu resepi mengguna oat sebagai bahan utama. Ianya dibuat lebih awal dan disimpan didalam petiais sekurang-kurangnya 12 jam. 

Antara bahan yang digunakan ialah rolled oat, chia seed dan yougurt asli. Bagi resepi kali ini bahan tambahan lain ialah buah blueberi dan juga serbuk koko. Baiklah berikut adalah cara-cara yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • 1cawan rolled oat
  • 1 sudu besar chia seed
  • 1 cawan susu
  • ½ cawan yogurt plain
  • Segenggam buah blueberry
  • 1 sudu besar koko
  • 2 sudu besar gula lakanto

Kaedah

  • Campurkan oat,chia seed, susu dan yogurt.
  • Kacau sebati
  • Kemudian masukkan buah blueberry,gula dan serbuk koko
  • Kacau rata dan kemudian baru simpan didalam botol sekurang-kurangnya 12 jam.
  • Siap!

Buah blueberi yang digunakan dalam resepi kali ini ialah blueberi beku, namun begitu anda boleh juga menggunakan blueberry segar yang lebih mudah dan murah untuk didapati. Blueberry dan serbuk koko ini memberi rasa yang sangat sedap.Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Resepi Menarik Lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *