Resepi Nasi Goreng Sambal Telur (Mudah Dan Jimat)
‘Nasi goreng sudahlah terkenal,seantero dunia,seluruh negeri’. Bait bait lagu klasik nyanyian S.Samsudin ini sangat popular dalam filem klasik bertajuk ‘Chemburu’ suatu masa dahulu. Ia menceritakan tentang kepopularan nasi goreng sejak dari zaman ke zaman. Oleh itu tidak hairan jika nasi goreng ini sentiasa menjadi kegemaran ramai orang.
Resepi nasi goreng yang Madam akan kongsikan kali ini merupakan salah satu resepi yang mudah dan cepat untuk dimasak. Ia menggunakan sambal telur sebagai ramuan utamanya. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat nasi goreng sambal telur ini.
Resepi Nasi Goreng Sambal Telur (Mudah Dan Jimat)
Bahan utama
- Nasi sejuk 3-4 cawan
Bahan-bahan
- 10 ulas cili api
- 1 biji bawang merah saiz sederhana
- 1 ulas bawang putih saiz sederhana
- 1/2 genggam ikan bilis yang dibasuh cuci bersih
- Sayur pilihan ( ikut citarasa)
- Sedikit garam dan serbuk perasa
Bahan Sambal Telur
- 2 sudu cili kisar
- 2 biji telur
- Garam,serbuk perasa dan gula secukup rasa.
Kaedah
- Tumiskan cili kisar hingga garing.
- Selepas itu masukkan garam dan gula secukup rasa.
- Akhir sekali pecahkan telur dan kacau hingga menjadi telur pecah.
Kaedah penyediaan nasi goreng sambal telur
- Mula-mula tumbuk ikan bilis,cili api,bawang merah dan bawang putih.
- Tumbuk separuh lumat.
- Potong kecil atau dadukan sayur,ketepikan.
- Dengan anggaran minyak ½ senduk didalam kuali, panaskan dan sedia untuk menumis bahan yang telah ditumbuk tadi.
- Tumiskan sehingga sedikit garing, masukkan garam dan serbuk perasa gaul sebati.
- Selepas itu apabila sedikit garing, masukkan sayur.
- Gaul hingga sebati dan masukkan nasi pula.
- Gaul sebati akhir sekali masukkan sambal telur yang telah disediakan awal.
- Dengan api yang besar goreng nasi dan gaul laju-laju agar nasi benar-benar serasi dan masak dengan sempurna.
- Kemudian dengan api yang kecil, goreng lama sedikit dan gaul agar tahan lebih lama.
- Siap
Nasi goreng yang digoreng lama dengan api yang besar akan tahan lebih lama. Malah rasanya juga lebih sedap persis nasi goreng yang dijual digerai-gerai yang biasa ditemui. Nasi goreng ini bukan sahaja sedap dimakan diwaktu pagi, tetapi boleh juga dijamu ketika makan malam, terutama ketika terlalu sibuk untuk masak. Oleh kerana bahannya sangat ringkas tetapi rasanya juga sedap, jadi anda haruslah mencubanya!
Resepi – resepi lain yang menarik
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.