Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Nasi Goreng Cina (Simpel Dan Lazat)

author name

📄

Nasi goreng cina ialah salah satu jenis kepelbagaian nasi goreng yang dijual di kedai Melayu dan Cina. Umumnya nasi goreng cina bercirikan nasi goreng yang tidak pedas.

Lazimnya nasi goreng, bahan-bahan yang digunakan untuk nasi goreng cina ialah bawang putih, minyak wijan, dan sayur. Nasi goreng cina juga menggunakan udang, ayam dan telur. Nasi goreng cina tidak menggunakan rencah yang berlebih. Makanan ini simpel, tidak pedas, tidak masin, tidak manis. Sangat menggambarkan citarasa masakan cina yang ringan.

Untuk menghidangkan nasi goreng cina, lazimnya dihidangkan begitu sahaja. Ada beberapa orang suka letak telur mata, salad, tomato, sambal, bahkan sup. Penyajian makanan ini mengikut selera masing-masing.

Tanpa buang masa mari tengok resepi nasi goreng cina yang dikongsikan oleh Har Ryea di laman Facebook. Senang dan pantas untuk dijadikan sarapan. Tidak sampai 10 minit terus siap.

Resepi Nasi Goreng Cina

nasi goreng cina
Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Nasi (1 ½ pot),
  • Bawang putih 3 ulas besar,
  • Serbuk maggi cukup rasa 2-3 sudu besar,
  • Minyak bijan 1 sudu besar,
  • Udang 15-20 ekor yang sedang,
  • Telur 4-5 biji,
  • Sayur campur 1 mangkuk kecil,

Cara-cara :

  1. Mula-mula cincang bawang putih.
  2. Panaskan minyak, tumis bawang putih smpai naik bau.
  3. Masukkan udang, kacau rata.
  4. Masukkan telur, kecilkan api sedikit untuk telur masak elok.
  5. Kemudian pecah-pecahkan telur yang sudah masak.
  6. Terus masukkan nasi dan sayur campur, kacau rata.
  7. Taburkan maggi cukup rasa, kacau rata.
  8. Masukkan minyak bjian dan kacau rata.
  9. Siap. Sedia dihidangkan.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi nasi goreng cina, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *