Resepi Nasi Carrot Tak Ngarut Memang Sempoi Tapi Sedap
Resepi kali ini merupakan salah satu nasi yang digemari tetapi amat jarang ditemui sekarang. Nasi carrot atau nasi lobak merah ini merupakan sejenis nasi seperti nasi minyak tetapi ia menggunakan beras putih yang lebih murah. Biasanya ia disediakan oleh para surirumah untu hidangn keluarga. Ini kerana berbanding nasi briyani yang menggunakan beras basmathi, nasi carrot ini lebih murah dari segi kos.
Antara bahan-bahan yang digunakan didalam resepi ini ialah lobak merah, susu cair,butter dan beberapa bahan rempah empat beradik iaitu buah pelaga,bunga cengkih,kulit kayu manis dan juga bunga lawang. Bahan-bahan ini akan ditumis bersama butter sebelum ditambah beras. Baiklah berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.
Bahan-bahan
- Beras 4 cawan
- lobak merah 2 batang (sagat halus)
- 1 cawan susu cair
- 2 sudu besar butter
- 3 biji buah pelaga
- 2 kuntum bunga cengkih
- 1 batang kulit kayu manis
- 1 kuntum bunga lawang
- 5 bawang besar
- 5 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- sedikit garam
- 5 cawan air (guna cawan yang sama sukat beras dan susu cair)
- Basuh beras seperti biasa, toskan sebentar.
- Hidupkan kuasa periuk nasi
- Tambahkan 2 sudu besar butter
- Tumis bahan kisar iaitu bawang besar,halia dan bawang putih hingga naik bau
- Tumiskan pula bahan rempahh 4 beradik
- Apabila telah sebati masukkan beras dan gaul rata.
- Kemudian tambahkan sedikit garam.
- Masukkan carrot dan dan gaul lagi agar semua bahan sebati.
- Akhir sekali masukkan 5 cawan air dan tutup periuk nasi dan biarkan ia masak
- Apabila nasi telah masak, karih nasi agar ia tidak melekat-lekat.
- Hidangkan apabila nasi telah kering.
- Siap!
Sedikit petua bila masak nasi seperti ini dimana sukar untuk menyukat air. Oleh itu anda boleh ikut tip yang telah saya amalkan iaitu sukat air menggunakan cawan yang sama anda sukat beras dan tambah lagi 2 sukatan cawan untuk sebarang bahan cecair seperti susu ataupun santan. Nasi ini paling sedap dihidang bersama ayam masak merah. Diharap anda akan mencuba resepi ini sebagai hidangan keluarga anda hujung minggu nanti. Selamat mencuba!
Resepi – resepi lain yang menarik
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.