Resepi Naan Keto (Untuk Kurus)

Keto diet ini adalah salah satu diet yang sangat sesuai bagi orang yang obes, sakit kritikal seperti kanseer,diabetis atau darah tinggi. Kerana diet ini adalah satu diet dimana pengamalnya menghadkan pengambilan karbo pada hanya 30g sehari.

Tujuan menghadkan pengambilan karbo ialah sebagai memberi peluang pada badan menggunakan tenaga dari ketone yang berasal dari lemaktinggi yang dimakan atau dari lemak dari dalam badan. Dengan kombinasi IF, amalan ini berfungsi seperti alat pembakar lemak semulajadi dalam badan kita.

Jadi tidak hairanlah jika pengamalnya boleh turun berat lebih dari separuh berat asalnya. Malah bagi pengidap diabetis, ada yang telah berjaya menterbalikkan (reverse) penyakit diabetis mereka!

Resepi hari ini,yang Madam ingin kongsikan ialah salah satu menu popular diamalkan pengamal IF dan Keto ini. Oleh kerana ia sangat senang dibuat, mengambil masa diantara 10-15 min untuk siap. Malah ia juga sedap.

Mari lihat bahan-bahannya.

Resepi Naan Keto (Resepi Untuk Kurus)

Bahan-bahan kering

  • ½ cawan tepung kelapa
  • 2 sudu besar psyllium husk
  • 1 sudu besar unsalted butter
  • Secubit garam

Bahan-bahan basah

  • 1 cawan air panas

Kaedah

  • Campurkan bahan-bahan kering. Gaul guna ‘hand whisk’ agar semua sebati dahulu.
  • Tambahkan air panas sedikit demi sedikit hingga adunan menjadi doh.
  • Bahagi kepada 8 bahagian atau sebesar bola tenis.
  • Dengan menggunakan 2 helai plastik, leperkan doh menjadi seperti capati. Potong bahagian tepi jika tidak kemas.
  • Panaskan sedikit minyak masak/minyaksapi dalam kuali tidak melekat.
  • Masak naan keto ini seperti kita masak capati. Terbalikkan untuk masak kedua-dua bahagian.

Sedia dinikmati.

Dibelakang ialah bahan-bahan yang diperlukan. Ada dijual disesetengah kedai organik.
Rasa seindah rupa. Memang sedap.

Roti ini tahan satu hari jika disimpan dalam bekas kedap udara pada suhu bilik atau tiga hari jika di simpan dalam peti ais. Enak dimakan bersama sambal timus. Boleh juga dibuat wrapper salad sebagai bekal ke tempat kerja. Jangan lupa cuba juga resepi-resepi lain ya.

Resepi Menarik Lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *