Resepi Mashed Cauliflower Pilihan Terbaik Mereka Yang Tak Ambil Karbo
Resepi berikut merupakan alternatif bagi mengurangkan karbohidrat dalam hidangan. Bunga kobis adalah merupakan satu lagi makanan gantian yang sesuai bagi mereka yang tidak boleh makan nasi atas faktor kesihatan. Mashed cauliflower ini disediakan menggantikan mashed potato yang sangat tinggi karbohidrat. Ianya sentiasa menjadi pilihan bagi pengamal diet keto, atkins dan pelan diet rendah karbo yang lain. Baiklah berikut adalah bahan-bahan yanh digunakan.
Bahan-bahan
- 1 cawan bunga kobis yang siap dikukus
- 1 keping cheese slice
- 1tbsp krim
- 1 tsp serbuk lada hitam
- Garam secukup rasa
Kaedah
- Kisar semua bahan hingga halus.
- Siap!
Mashed cauliflower walaupun tidak berkanji seperti mashed potato tetapi sebenarnya ia sangat sesuai dihidangkan bagi mereka yang ada diabetis terutama bila dihidang bersama lamb chop dan kuah rendah karbo. Selamat mencuba!
Resepi – resepi lain yang menarik
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.