Resepi Longan Gula Merah Bikin Terliur Musim Panas Buat Pelepas Dahaga
Resepi minuman kali ini amat mudah tapi sangat sedap terutama bagi peminat buah longan. Buah longan dalam tin amat rangup dan manis jadi ia amat sesuai untuk membuat minuman. Sesuai dihidang dalam cuaca panas bersama air batu. Baiklah bagi anda yang ingin mencuba atau yang masih mencari-cari idea untuk hidangan minuman jom cuba resepi ini.
Bahan-bahan
- 1 tin longan dalam tin
- Gula melaka
- Daun pandan
- *tambahan gula putih kalau suka manis.
Kaedah
- Mula-mula masak gula melaka dengan air dan juga daun pandan.
- Tambah gula putih sikit lagi kalau suka manis.
- Masak hingga gula cair sepenuhnya dan kemudian tambah longan dalam tin bersama airnya sekali.
- Tunggu sejuk sebelum dihidangkan bersama air batu.
- Siap!
Ada satu lagi versi air longan gula merah yang menggunakan buah longan kering tetapi pleh kerana bahan-bahan yang digunakan agak sukat ditemui di market maka saya cuba resepi ini. Selamat mencuba!
Resepi – resepi lain yang menarik
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.