Resepi Lempeng Lembut Guna Bahan Ringkas Sangat
Resepi kali ini merupakan sejenis resepi klasik turun temurun yang lazimnya dihidang sebagai sarapan pagi. Lempeng secara asasnya adalah sejenis hidangan yang disediakan menggunakan tepung dan air sahaja kemudian dimasak dengan sedikit minyak.
Penyediaannya amat mudah dan sangat sedap terutama bila dicicah dengan sambal ikan bilis. Baiklah bagi anda yang sedang mencari idea menu sarapan pagi yang ringkas dan sedap,berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.
Bahan-bahan
- 2 cawan tepung gandum
- 2 cawan air masak
- 1 sudu kecil garam halus
- 1 biji telur
- Kisar semua bahan hingga halus atau kacau pun boleh.
- Tapis bahan tadi.
- Dalam kuali sapukan dengan sedikit minyak masak
- Guna senduk tuang adunan kedalam kuali
- Biarkan bahagian tepinya lekang kemudian terbalik agar masak kedua belah bahagian.
- Ulang hingga habis semua adunan
- Sedia dihidangkan bersama sambal tumis atau kuah sardin.
- Siap!
Lempeng selain dimakan bercicahkan sambal juga sedap bila dicicah dengan gula atau susu manis. Hidangkan bersama secawan kopi hitam yang pahit sebagai mengimbangkan rasanya. Selamat mencuba !
Resepi – resepi lain yang menarik
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.