Resepi Lemak Putih Cendawan Shitake Masakan Ringkas Sedap
Resepi kali ini adalah resepi mudah yang sesuai dijadikan hidangan makan utama. Masak lemak sayur biasanya menggunakan sayur kobis sahaja kerana ia lebih manis tetapi perkongsian kali ini menggunakan cendawan shitake . Variasi ini sesuai bagi peminat cendawan shitake khususnya kerana ada orang kata cendawan ini rasanay seperti daging ayam, nak tau kenalah cuba. Masakan ini juga sesuai bagi pengamal diet yang rendah kalori jika dimakan begitu sahaja. Apapun bagi anda yang ingin mencuba berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.
Bahan-bahan
- 5-7 keping cendawan shitake ( hiris tebal)
- 1 biji kentang potong 4 (tak perlu untuk versi rendah kalori)
- Secekak suhun (rendam dan potong 3)
- 1 keping fucuk (rendam dulu)
- 1/2 biji bawang besar
- 1 ulas cili merah/ 3 ulas cili kering
- Santan Kara 200ml
- Air,garam dan ajinomoto secukup rasa.
Kaedah
- Mula-mula rebus kentang hingga empuk
- Kemudian tambah bawang,cili dan juga cendawan
- Tambah santan dan biarkan semua bahan jadi sebati
- Akhir sekali tambah suhun,fucuk dan biarkan ia masak
- Tambah garam dan ajionomoto secukup rasa.
- Siap!
Jika anda menggunakan cendawan kering pastikan anda rendam sehingga kembang dahulu. Lebih mudah anda boleh juga menggunakan cendawan yang segar. Masakan ini paling sedap dimakan bersama sambal belacan dan ikan goreng bersama sepinggan nasi panas,tapi nak ratah sahaja pun sedap. Selamat mencuba!
Resepi – resepi lain yang menarik
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.