Resepi kali ini merupakan sebuah resepi yang dihidangkan sebagai hidangan utama. Ikan keli masak lemak cili api ini, amat mudah untuk disediakan. Bahan yang digunakan amat minima. Masa yang diambil untuk menyediakan ia juga amat singkat. Masakan ini sesuai bagi anda yang sering kesibukan dan perlukan resepi yang mudah dan sedap untuk disediakan. Berikut adalah bahan yang diperlukan.
Resepi Lemak Cili Api Ikan Keli Salai
Bahan-bahan
- Segenggam cili api
- 200 ml santan kotak
- 5 biji air asam limau kasturi
- 1 sudu teh serbuk kunyit
- Bendi
- Tomato
- 3 ekor ikan keli salai
Kaedah
- Mula-mula kisarkan cili api bersama sedikit santan masukkan sedikit serbuk kunyit.
- Kemudian masukkan ke dalam periuk tambahkan sekarang sedikit serbuk perasa dan buka api.
- Selepas itu kacau sentiasa kuah ini dan tambahkan air asam limau.
- Masukkan bendi, tomato dan ikan keli.
- Masak sehingga kuah mengelegak dan pekat.
- Tutup api.
- Siap!
Resepi ini menggunakan santan kotak kerana ia lebih ditemui, namun anda boleh menggunakan santan segar jika ada. Cili yang digunakan dalam resepi ialah segenggam namun anda boleh mengurangkan sukatannya, terpulang pada citarasa anda. Diharap anda akan sudi mencuba resepi ini kerana ia bukan sahaja mudah disediakan namun juga amat sedap. Selamat mencuba!
Resepi – resepi lain yang menarik
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.
Leave a Reply