Resepi Lemak Cili Api Tenggiri (Dengan Bendi)

Resepi kali ini merupakan sebuah resepi yang dibawa daripada negeri sembilan. Lemak cili api ikan tenggiri biasanya dihidang di waktu makan utama seperti makan tengah hari atau malam. Seperti biasa bahan utamanya ialah cili api dan santan serta kunyit.

Limau kasturi digunakan di dalam resepi ini untuk mengurangkan hanyir ikan disamping ia memberi satu aroma yang sedap. Manakala resepi ini menggunakan sayur Bendi dan tomato sebagai rencah nya. Bagi anda yang ingin mencuba resepi ini berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Resepi Lemak Cili Api Tenggiri Dengan Bendi

Bahan-bahan utama

  • 1 ekor ikan tenggiri saiz sederhana dipotong-potong kecil.
  • Segenggam cili padi
  • 300ml santan pekat
  • 1 sudu teh serbuk kunyit 
  • 2 sudu besar jus limau kasturi.

Bahan rencah

  • 1 biji tomato dibelah 4
  • Bendi 6 batang ( basuh dan ketepikan)

Kaedah

  • Mula-mula sediakan,perap dengan garam dan serbuk kunyit. Ketepikan.
  • Kemudian kisar cili api bersama sedikit santan.
  • Tuang bahan kisar kedalam periuk, masukkan bersama ia jus limau kasturi dan serbuk kunyit.
  • Tambah sedikit air jika perlu.
  • Masak sambil kacau kuah agar santan tidak pecah.
  • Apabila kuah telah mengelegak, masukkan ikan dan bendi dan tomato.
  • Tambahkan baki santan,garam dan kacau sekali sekala agar ia tidak pecah.
  • Siap.

Masakan ini sememangnya pedas namun jika anda tidak suka pedas anda boleh juga menggunakan cili merah sebagai menggantikan cili api. Anda boleh menggunakan santan kotak jika anda tidak dapat mencari santan segar. Resepi sebenarnya menggunakan kunyit hidup yang ditumbuk bersama cili api tetapi anda juga boleh mengguna kunyit serbuk. Oleh itu diharap anda sudi mencuba resepi ini, semoga berjaya!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.


Resepi Menarik Lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *