Resepi Lemak Cili Api Telur Masin Sawi Jeruk
Masakan kali ini adalah masakan yang berasaskan masakan kampung. Dalam resepi ini saya menggunakan dua bahan utama yang amat jarang dicuba. Iaitu jeruk sawi dan juga telur itik, kedua bahan ini saya masak menggunakan resepi lemak cili api yang amat ringkas tetapi sentiasa digemari ramai. Baiklah bagi anda yang ingin mencuba berikut adalah bahan-bahan yang digunakan.
Bahan-bahan
- 5 biji telur itik
- 1 bungkus kecil sayur sawi jeruk
- 2 batang serai (tumbuk pecahkan)
- Cili api segenggam
- Kunyit hidup ½ inci
- Asam keping 1 keping
- Santan kotak 300ml
- Air secukupnya
- Garam dan serbuk perasa ikut selera.
Kaedah
- Kisar cili api dan kunyit hingga halus dan tuang dalam periuk.
- Tambah air, serai dan buka api.
- Masukkan asam keping dan biarkan ia menggelegak.
- Tambah garam dan serbuk perasa.
- Masukkan sawi jeruk yang telah dibersihkan dan dipotong kecil atau ikut saiz anda suka.
- Tambah lagi air kerana telur akan buat kuah pekat.
- Masukkan santan biarkan sekejap dan pecahkan telur itik satu persatu kemudian kecilkan api.
- Biarkan telur masak.
- Siap!
Biasanya telur itik dimasak bersama belimbing buluh atau buah bacang tetapi sebenarnya sayur sawi asin ini juga amat sedap bila dimasak bersama telur itik terutama bila dimasak pekat, gabungkan masakan ini dengan ikan masin pasti akan menambat hati. Walaupun ada juga orang yang masak sawi jeruk dalam masakan asam pedas. Selamat mencuba!
Resepi – resepi lain yang menarik
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.