Resepi Laici Susu (Sedap Menyegarkan)
Resepi berikut adalah merupakan resepi minuman yang meyegarkan. Bagi anda yang mengemari minuman bersusu yang sedap. Resepi Laici Susu ini diperbuat dari buah laici dalam tin bersama susu. Ianya amat mudah untuk disediakan kerana menggunakan bahan-bahan yang sedia ada.
Perkongsian kali ini, akan membawa resepi atau cara-cara untuk menghasilkan laici susu yang sedap dan menyegarkan. Berikut adalah bahan yang diperlukan.
Resepi Laici Susu (Sedap Menyegarkan)
Bahan-bahan
- 1 tin laici
- 1 tin susu cair
- ½ tin susu manis
- Gula secukupnya
- 1 liter air sejuk
- Air batu secukupnya
Kaedah
- Campurkan semua bahan susu dahulu dan kacau sebati.
- Kemudian tambahkan air dari laici tin.
- Kacau dan kemudian rasa, jika kurang manis tambahkan gula atau susu pekat.
- Masukkan isi laici dan sedia untuk dihidangkan.
Minuman ini amat sesuai bagi kanak-kanak kerana ia berasakan susu dan buah laici. Jika anda ingin menganggarkan sendiri rasa manisnya, mungkin anda boleh menggunakan hanya susu cair sahaja. Namun jika lupa tambah ais agar rasanya lebih sedap.
Resepi – resepi lain yang menarik
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.