Resepi Kuih Bakar Ringkas Kuih Tradisional Guna Air Fryer

Resipi kali ini adalah resipi kuih traditional iaitu kuih bakar, bahan-bahan yang diperlukan dalam resepi  ini amatlah ringkas antaranya ialah telur gula dan tepung. Pembuatannya juga amat mudah kerana suatu masa dahulu kuih bakar ini dibakar dengan cara yang agak rumit di mana sabut kelapa akan diletak di bahagian bawah loyang dan juga di atasnya ini untuk memberi efek bakar. Namun resepi kali ini penyediaannya lebih mudah di mana ia dibakar dengan menggunakan air fryer, baiklah berikut adalah bahan-bahan dan cara caranya.

Bahan-bahan

  • 1 cawan tepung gandum
  • ½  cawan tepung beras
  • 1 cawan santan
  • 1 cawan air
  • ½  cawan gula (kalau nak manis tambahlah lagi)
  • 2 biji telur
  • Pewarna hijau
  • Emulco  pandan
  • Bijan

Kaedah 

  • Campurkan semua bahan dan kisar dengan blender sampai sebati
  • Masukkan emulco pandan untuk aroma dan warnanya.
  • Tapis dan masukkan dalam loyang saiz 6”
  • Tabur bijan putih
  • Panaskan air fryer dahulu sebelum bakar air fryer
  • Bakar lebih kurang 30 min pada suhu yang sesuai  (rujuk pada air fryer anda)

Lazimnya daun pandan digunakan di dalam resipi ini tetapi jika anda tidak ada daun pandan anda boleh menggunakan e-mel kau pandai untuk mendapatkan warna dan juga rumahnya. Maka dengan menggunakan lu yang bulat jika anda tidak mempunyai loyang kuih bakar. Apa pun jangan lupa untuk mencuba resipi.

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Resepi Menarik Lain