Resepi Kuah Durian Roti Jala Confirm Kena Selera
Resipi berikut ialah sejenis resipi kuih-muih yang sangat popular terutamanya ketika musim durian. Ianya sesuai dihidang sebagai hidangan minuman petang ataupun sebagai pencuci mulut.
Durian merupakan raja segala buah dan aromanya yang sangat kuat amat sedap bila dibuat kuah dan dimakan bersama roti jala. Antara bbahan yang digunakan amat ringkas contohnya yang menggunakan santan,isi durian, sedikit susu manis dan juga gula. Manakala resipi roti jala menggunakan bahan yang mudah didapati juga dan bagi anda yang ingin mencuba sendiri berikut adalah bahan-bahannya
Bahan-bahan kuah durian
- Beberapa ulas isi durian
- 2 helai daun pandan
- 1 cawan gula pasir
- ½ cawan susu manis
- 1 kotak kecil santan
- 1-2 cawan air
- Secubit garam
Kaedah
- Campur semua bahan kecuali santan
- Kemudian kacau hingga gula larut sepenuhnya.
- Tambah santan dan air jika perlu.
- Apabila kuah durian telah pekat tutup api.
Bahan-bahan roti jala
- 3cwn gandum
- 3cwn air
- 1biji telur
- 2½ sudu minyak
- secubit garam
- pewarna
Kaedah
- Kisar semua bahan
- Tapis dan biarkan 30 minit sebelum digunakan.
- Masukkan dalam botol yang mempunyai corong 3 lubang.
- Panaskan kuali leper
- Sapu nipis dengan sedikit minyak masak.
- Kemudian mulakan menjala, angkat roti dan gulungkan terus.
- Siap untuk dinikmati.
Untuk kulit roti jala anda boleh menambah warna jika anda suka dan menyusunnya seperti bunga mengikut trend sekarang ataupun biarkan ia pada warna original sahaja. Kuah durian ini sesuai dimakan bersama roti putih juga jadi jangan lupa mencuba ya!
Resepi – resepi lain yang menarik
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.