Resepi Kopi O Vietnam Kat Malaysia Pun Boleh
Resepi air kopi kali ini adalah antara satu kemestian bagi peminat air kopi untuk mencubanya. Kopi Vietnam mempunyai rasanya yang tersendiri dan juga tinggi kaffein yang diperlukan oleh peminumnya.
Bau kopi Vietnam juga berbeza berbanding kopi kampung yang terdapat dinegara kita. Namun secara peribadinya saya amat mengemari kopi-kopi dari sebelah Asia Tenggara kerana rasanya yang pahit dan keras.
Perkongsian kali ini akan membawa kepada cara menyediakan kopi O Vietnam yang boleh anda cuba sendiri.
Bahan-bahan
- 2 tsp serbuk kopi Vietnam
- 200 ml air panas mendidih
- 2-3 tsp gula (anggaran manis)
- Bekas penapis kopi Vietnam( boleh beli online)
Kaedah
- Letakkan bekas kopi Vietnam diatas gelas/cawan pilihan anda.
- Kemudian tambahkan kopi dan pasangkan penutupnya.
- Curahkan sedikit air panas dan biarkan 1 minit.
- Tuang baki air panas dan biarkan kopi menitis sehingga habis.
- Siap!
Kebiasaan kopi Vietnam ini perlukan tambahan gula yang cukup agar ia menjadi manis. Ini kerana berbanding kopi arabica ianya sangat pahit dan lebih keras. Bagi mereka yang tidak biasa bolehlah mencuba kopi susu atau kopi telur Vietnam.
Resepi – resepi lain yang menarik
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.