Resepi Kobis Goreng Pedas Dengan Udang (Ringkas Dan Cepat)

Bila sudah terlalu sibuk bekerja,waktu pulang rumah biasanya kita akan masak lauk utama sahaja. Alasannya tiada yang hendak makan sayur nanti. Sebenarnya itu lah masalah orang zaman sekarang yang boleh membawa pada masalah kesihatan. Ini kerana kita tidak mendapatkan hidangan yang sempurna.

Tahukah anda untuk berat badan yang stabil,kita seharusnya mengamalkan cara pemakanan yang sihat. Sepatutnya kita seharusnya mengambil sayur-sayuran separuh dr pinggan makan kita. Suku dr pinggan ialah nasi manakala suku lagi ialah ikan atau ayam.

Gabungan sumber zat,protin dan karbidrat ini boleh jadi menjadi faktor pada kesihatan yang lebih baik untuk kita. Kali ini Madam bawakan satu resepi sayur yang pedas dan sedap. Menggunakan udang sebagai rencah, anda pasti sukakannya.

Resepi Kobis Goreng Pedas Dengan Udang

Bahan-bahan

  • Separuh kobis sederhana besar
  • Separuh lobak merah
  • Bahan-bahan tumbuk
  • 10 biji cili api
  • ½ labu bawang besar
  • 1 ulas bawang putih

Bahan rencah

  • Udang saiz sederhana kopek kulit dan perasakan dengan garam sedikit.

Kaedah

  • Bersih dan hiris kobis dan lobak merah.
  • Tumbuk bahan-bahan tumbuk.
  • Goreng bahan rencah iaitu udang dengan minyak yang sedikit, agar ia tidak terlalu masak.
  • Seterusnya tumis bahan-bahan tumbuk, tunggu hingga naikbaunya.
  • Kemudian masukkan sedikit air, garam dan serbuk perasa.
  • Masukkan sayur-sayuran, tunggu sayuran masak. Tetapi jangan terlalu empuk kerana nanti kurang zatnya dan juga kurang manis.
  • Akhir sekali masukkan udang, kemudian gaul  hingga sebati semuanya.
  • Sedia dihidangkan.

Udang yang dibuang kulit sepenuhnya dan digoreng hanya sekadar masak sebenarnya lebih sedap dan manis. Sayur juga janganlah terlalu masak kerana akan menyebabkan ia tidak lagi manis.

Oleh kerana ia sangat mudah,maka bolehlah anda mencubanya. Jika anda alergik udang,boleh juga guna ikan bilis sahaja. Selamat mencuba.

Selain dari resepi ini,kami juga mempunyai koleksi pelbaga jenis resepi.

Resepi Menarik Lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *