Resepi Kicap Pedas Ikan Tenggiri ( Mudah Dan Cepat)

Resepi kali ini merupakan sebuah resepi yang sesuai dijadikan hidangan makan malam. Ini kerana ia adalah sejenis makanan atau lauk yang mudah dan cepat dimasak. Ikan digunakan didalam resepi ini kerana ia lebih mudah dihadam. Masak kicap sememangnya satu resepi yang paling mudah ditemui. Masakan ini menggunakan kicap sebagai bahan utamanya, selain dari itu bawang besar, bawang putih dan halia yang dihiris ditambah menjadikan ia lebih harum.

Kali ini Madam akan kongsikan resepi ringkas untuk anda cuba sendiri. Mari lihat bahan-bahan yang diperlukan.

Resepi Kicap Pedas Ikan Tenggiri ( Mudah Dan Cepat)
Bahan utama

  • 1 ekor ikan tenggiri – lumur garam kunyit dan goreng

Bahan hiris dan tumis

  • 1 biji bawang besar
  • 1 tangkai cili merah
  • 4 helai daun limau purut
  • 4 tangkai cili padi
  • 1-2 sudu besar cili kisar
  • Garam
  • Kicap manis

Kaedah

  • Mula-mula gorengkan ikan tenggiri hingga garing,ketepikan.
  • Panaskan minyak dan cili kisar dahulu hingga naik minyak.
  • Kemudian masukkan bahan-bahan yang telah dihiris dahulu dan biarkan sehingga pecah minyak.
  • Masukkan kicap manis hingga mencapai warna hitam yang kita inginkan.
  • Tambahkan sedikit garam jika anda ingin, jika tidak pun tidak mengapa.
  • Masukkan daun limau purut dan ikan yang telah digoreng. Perlahankan api biarkan sehingga ianya sebati.

Jika anda inginkan kuahnya lebih cair anda boleh tambahkan setengah cawan air. Tetapi jika anda sukakan kuah yang lebih pekat anda masak sehingga kicap menjadi karamel. Dia kan jadi lebih pekat dan berkilat, menjadikan ia lebih sedap dan sangat sesuai dimakan sejurus selepas dimasak.

Apa-apapun anda haruslah mencuba resepi ringkas ini, ia bukan sahaja mudah,cepat malah sangat sedap dimakan. Jadi jangan lupa mencuba ya.

Resepi Menarik Lain

Terima kasih kerana melayari laman web kami. Disini ada pelbagai koleksi resepi yang telah dicuba dan terbukti menjadi.Jadi jangan lupa mencuba ya.


Resepi Menarik Lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *