Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Ketam Rebus Ketuk Serai ( Sedap Dihirup)

author name

📄

Satu lagi resepi yang berasaskan sup atau air dan menggunakan makanan laut yang amat sedap dan digemari terutama ketika musim hujan. Ketam rebus ketuk serai ini tidak banyak beza berbanding resepi singgang atau sup. Bezanya resepi ini amat ringkas dan menggunakan bahan yang sangat minima.

Oleh itu jika anda kebuntuan idea untuk masak apa hari ni, bolehlah mencuba resepi ini dan berikut adalah bahan yang diperlukan.

Resepi Ketam Rebus Ketuk Serai
Bahan-bahan

  • 2 ekor ketam- belah dua
  • 2 batang serai- diketuk
  • 5 ulas bawang putih diketuk
  • Air- dalam 1 1/2 – 2 gelas
  • Garam- dalam 1/2 sudu kecil
  • Gula- dalam 1 1/2 sudu kecil ( pilihan)

Kaedah 


  • Masukkan ketam ke dalam periuk.
  • Masukkan serai, bawang putih, garam dan gula.
  • Masukkan air.
  • Rebus hingga menggelegak dan ketam masak.
  • Siap.

Keenakan masakan ini bergantung pada kesegaran ketam yang digunakan. Sebaiknya anda dapatkan ketam di jeti dimana makanan laut baru ditangkap dijual. Namun boleh juga anda membelinya dipasar berdekatan rumah atau pasaraya besar. Oleh itu selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Resepi Kerepek Jejari Ketam

Resepi Sotong Singgang

Resepi Sayur Petola

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *