Resepi Ketam Lemak Cili Api Tomato ( Lazat Tak Terperi)
Resepi kali ini merupakan sebuah resepi yang biasanya menjadi pilihan di waktu makan utama. Lemak cili api ketam merupakan sejenis masakan pedas yang diperbuat dari 2 bahan utama iaitu cili api dan santan. Masakan lemak cili api ini amat terkenal di Negeri Sembilan, namun sesuai dengan peredaran masa, masakan ini juga popular diseluruh negara.
Masakan lemak cili ketam ini menggunakan tomato sebagai rencahnya yang biasanya digunakan dalam masakan lemak cili api ikan. Bagi anda yang tertanya akan rasanya berikut adalah bahan yang anda perlukan.
Resepi Ketam Lemak Cili Api Tomato
Bahan-bahan
- 5 ekor ketam – bersihkan
- Santan dari sebiji kelapa – perah dengan sedikit air
- 1 kpg asam keping
- Garam, srbk perasa
- 3 bji buah tomato – potong 4
Bahan-bahan kisar
- 5 ulas bwg merah
- 1 1/2 inci kunyit hidup
- Segenggam cili api
Kaedah
- Masukkan santan dan bhn kisar ke dlm periuk bersama asam keping.
- Masak hingga mendidih dan masukkan ketam.
- Masukkan juga garam dan perasa.
- Bila ketam dah masak, masukkan buah tomato.
- Siap.
Untuk masak ketam lemak cili api, ingat agar masaknya tidak terlalu lama, ini bagi memelihara rasa manis daging ketam tersebut. Tomato dan ketam apabila telah dicampur besarkan api dan padam apabila ketam telah masak dan tomato mulai layu. Sangat mudah resepi ini diharap anda akan mencubanya!
Resepi – resepi lain yang menarik
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.
Resepi Masak Lemak Cili Api Siput Sedut