Resepi Keropok Lekor Homemade (Sangat Crunchy!)
Apa yang anda akan fikir bila kita cakap pasal negeri Terengganu? Ya betul keropok lekor. Keropok lekor memang terkenal daripada negeri pantai timur ini.
Kita akan kongsikan resepi keropok lekor yang anda boleh cuba di rumah. Resepi ini amat mudah dan sedap! Keropok lekor ini juga crunchy pasti semua orang akan menyukainya.
Resepo keropok lekor homemade yang crunchy ini telah dikongsikan oleh CikPuan SitiMasitah di laman sosial Facebook miliknya. Mari kita lihat resepi yang menarik ini.
Resepi Keropok Lekor Homemade
Bahan – bahan:
- 5 Ekor Isi Ikan Kembong
- 1 1/2 Cawan Tepung Ubi
- 1/2 Cawan Tepung Gandum
- Garam secukup rasa
- Sedikit Baking Powder (tidak wajib)
Cara – cara memasak:
- Kisar lumat isi ikan bersama garam dan sedikit air sejuk berais.
- Apabila isi ikan sudah lumat, satukan bersama tepung dalam satu bekas.
- Tambahkan baking powder dan gentel adunan. Kemudian rebus bahan.
- Apabila bahan sudah timbul di dalam air rebusan, angkat dan sejukkan sebentar.
- Hiriskan isi ikan yang telah disejukkan.
- Goreng garing dan toskan.
- Sedia dihidangkan bersama sos cili.
Resepi – resepi lain yang menarik:
Terdapat pelbagai lagi resepi yang anda boleh cuba. Jadi apa tunggu lagi, jom kita cuba! Jangan lupa kongsikan resepi ini bersama yang tersayang!