Resepi kali ini merupakan sejenis masakan kampung orang Melayu yang amat mudah untuk disediakan. Kerabu adalah sejenis masakan mentah yang menggunakan ulam ulaman dan juga bahan lain seperti kelapa parut, cili api dan juga bahan-bahan lain. Biasanya ia dimakan bersama nasi panas, ikan bakar atau ikan masin sahaja. Orang zaman dahulu memang terkenal dengan cara hidup yang ringkas makan apa yang ada sahaja malah sumber makanan juga diambil sekitar kawasan rumah sahaja. Baiklah kali ini saya kongsikan cara saya membuat kerabu daun selom yang sangat sedap.
Bahan-bahan (dihiris)
- Daun selom
- Bunga kantan
- Bawang besar
- Cili api
- *ketepikan sebentar selepas dihiris
Bahan-bahan tumbuk
- Bawang besar
- Cili api
- Udang kering
- Garam
- Gula
- Ajinomoto
- *ketepikan sebentar selepas ditumbuk.
Bahan lain
- Kelapa parut
- Asam limau kasturi
- Isi kerang
- *sukatan adalah mengikut banyak mana yang kita suka.
Kaedah
- Masak bahan-bahan tumbuk dalam kuali tanpa minyak sebentar kemudian masukkan kelapa parut tadi.
- Jika kering tambah sedikit air.
- Untuk menyediakan kerabu daun selom, mula-mula satukan semua bahan hiris tadi dalam satu bekas.
- Kemudian masukkan bahan kelapa yang telah dimasak tadi.
- Masukkan kerang dan akhir sekali perah jus kasturi ikut masam yang kita inginkan.
- Siap!
Saya gunakan kerang sebagai bahan rencah kerana ia kegemaran kami sekeluarga tapi jika anda tidak suka anda tidak perlu tambah kerang kerana bahan yang sedia ada telah cukup menyelerakan. Selamat mencuba!
Resepi – resepi lain yang menarik
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.