Resepi Keledek Jepun Air Fryer Snek Sihat Suai Diet
Resepi ini ialah resepi snek mudah yang boleh disediakan dengan cepat dan tidak memerlukan effort yang banyak. Ia teramatlah ringkas dan amat sesuai untuk orang yang tak rajin ke dapur. Keledek Jepun ini mempunyai rasa yang sangat manis dan tak perlu ditambah apa-apa sebelum dimasak. Biasanya ia direbus atau dibakar atas pembakar bbq tapi oleh kerana sekarang ada satu alat memasak paling popular iaitu Air Fryer maka kali ni kita masak keledek jepun ni dengan AF pula Jom cuba resepi ini!
Bahan-bahan
- Keledek Jepun
- Minyak sedikit (pilihan)
- Garam jika suka
Kaedah
- Bersihkan keledek tapi tak pelu buang kulit atau potong
- Masukkan dalam air fryer dan sapu sedikit minyak pada keledek jika suka
- Masak dengan suhu yang tinggi dalam masa 20-30 min atau hingga ia empuk
- Siap!
Kalau anda ingin guna keledek biasa pun okay cuma rasa keledek Jepun sangat sedap dan manis jadi ia sesuai dijadikan snek bagi mereka yang sedang diet. Penggunaan air fryer memudahkan kerja dan berkhasiat kerana anda tak perlu tambah minyak untuk masak keledek ini. Selamat mencuba!
Resepi – resepi lain yang menarik
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.