Resepi Kek Mentega ( Resepi Asas Mudah Dan Sedap)

Jika dahulu, hendak makan kek perlu tunggu hari raya. Emak-emak kita jikadibulan puasa,gigih menjemur tepung, mencari pasir dan pelbagai bahan dan alatan untuk membuat kuih raya. Maklumlah zaman dahulu,eletrik dan oven bukan mudah hendak didapati.

Dahulu jika membakar kita akan guna oven bulat dan besar. Atau lagi satu jenis ialah oven hitam butterfly,dibakar atas dapur minyak tanah. Dilapik dengan pasir barulah diletak oven tersebut. Tujuannya supaya suhunya dapat dikawal.

Memang menarik jika bercerita tentang cara dan kaedah membuat kuih raya dan kek orang zaman dahulu. Bercerita tentang resepi kali ini, ianya menjadi kegemaran Madam jika berkunjung berhari raya. Tetapi zaman dahulu butter bukanlah mudah ditemui,maka yang paling kerap diguna ialah marjerin Planta. Jadi hari ini,marilah lihat resepi yang Madam cuba.

Resepi Kek Mentega ( Resepi Asas)

Bahan-bahan

A

  • 250g butter
  • 180g gula halus

B

  • 4 biji telur gred A / 5 biji telur gred B
  • 1 sudu teh esen vanila

C

  • 250g tepung gandum
  • 5 g (1 sudu teh) serbuk penaik
  • ayak

D

  • ½ cawan susu segar.

Kaedah

  • Panaskan oven pada suhu 160c sekurang-kurangnya  10 minit.
  • Gris dan lapikkan kertas minyak pada loyang bulat saiz 8”
  •  Pukul bahan A hingga gebu dan pucat.
  • Masukkan bahan B satu persatu,masukkan esen vanila.
  • Pukul hingga semuanya menjadi gebu.Matikan mesin pengadun.
  • Dengan menggunakan spatula dan teknik kaup balik, masukkan bahan C dan D secara berselang seli.Mula dengan bahan C dan akhiri dengan bahan C juga.
  • Tuang kedalam loyang yang telah digris tadi.
  • Bakar pada suhu 160c selama 40 minit.

Bila telah cukup masak,cucuk dengan lidi untuk uji sama ada ia telah cukup masak. Jika lidi bersih, bermakna ia telah cukupmasak. Keluarkan darioven dan biarkan ia didalamloyang selama 10minit. Kemudian terbalik dan biarkan sejuk diatas redai.Simpan didalam bekas kedap udara, buat awal sehari agar ia lebih lembap.

Selain resepi ini kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.

Resepi Menarik Lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *