Resepi Kek Cawan Pandan (Mudah Dan Pasti Jadi)
Kek cawan pada satu masa pernah menjadi fenomena dalam bidang pastri dinegara kita ini. Pelbagai jenis kek cawan yang menjadi kegemaran ramai. Kek cawan digemari kerana saiznya yang kecil dan comel. Ia dihiasi dengan pelbagai tema dan gaya.
Namun lama kelamaan kek cawan mulai kurang popular kerana kebanjiran pelbagai jenis kek. Dekorasi kek juga mengalami perubahan. Kini kek mini lebih digemari dan hiasannya juga sedikit berlainan. Contohnya dekorasi menggunakan coklat ‘drip’ makin popular.
Apapun kali ini, Madam akan bawakan resepi kek cawan pandan gula melaka. Resepi ini agak popular, namun cara menghiasinya agak mudah. Mari lihat bahan-bahannya.
Resepi Kek Cawan Pandan
Bahan-bahan
A
- 300g tepung superfine
- 1 sudu teh serbuk penaik
B
- 180g butter
- 240 g gula castor
- 3 biji telur saiz A
C
- 180ml santan
- 1 sudu teh emulco pandan
Kaedah
- Ayak bahan-bahan A,ketepikan.
- Pukul bahan B iaitu butter dan gula hingga pucat , masukkan telur satu persatu.
- Masukkan bahan C dan A secara berselang seli dan dikaup balik. Tidak perlu gunakan mesin waktu ini.Guna spatula sahaja memadai.
- Masukkan adunan didalam kek cawan dan bakar pada suhu 160c selama 20 minit sahaja.
Kek cawan tidak perlu dibakar terlalu lama seperti lazimnya kek.Ini kerana ia lebih kecil jadi ia lebih cepat masak. Hiasi ia dengan swiss meringue buttercream,gula melaka dan juga kelapa kering.
Kek cawan ini sememangnya sedap.Tidak perlu ragu tentang keenakannya.Tambahan pula ia sangat mudah dilakukan. Anda harus mencubanya. Selain dari resepi ini,website ini juga mempunyai banyak lagi resepi-resepi yang popular. Selamat mencuba!