5 Resepi Kek Buah Manis, Lembap dan Banyak Buah Kering
Kek buah ialah sejenis kek yang dicampur dengan pelbagai buah kering, kacang, dan kadangkala rempah seperti kayu manis dan buah pala untuk memberikan aroma yang kaya.
Buah-buahan yang sering digunakan termasuk kismis, ceri kering, aprikot, kurma, dan buah ara. Kek ini boleh dibuat dalam pelbagai versi, sama ada kek buah yang ringan atau yang lebih padat dan lembab.
Kek ini juga sering disimpan lama kerana buah keringnya membantu mengekalkan kelembapan, untuk memberikan rasa yang lebih mendalam.
1. Resepi Kek Buah Kukus
Ada yang peminat kek buah? Tapi versi dari Faizah Binti Abdul Hamid ini adalah secara kukus. Hasilnya dapat kek buah yang lembut dan moist.
Bahan-bahan
- I ketul buttercup (250gm)
- 2 1/4 cawan tpg gandum
- 3 biji telur ayam saiz B
- 1 cawan gula perang
- 2 sudu mkn susu pekat
- 1 sudu mkn pes sunquick
- 500 gm buah campuran
- 1 sudu teh baking powder
- 1 sudu teh soda bicarbonate
- 1 cawan air biasa
Cara penyediaan
- Masukkan air, gula dan buah campuran dalam periuk. Masak sampai buah kembang.
- Masukkan butter. Kacau bagi butter hancur. Masukkan susu dan pes sunquick. Tutup api. Angkat dari dapur.
- Masukkan telur yang dipukul sebati. Kacau.
- Ayak tepung dengan soda dan baking powder. Masukkan tepung ke dalam adunan buah tadi.
- Kacau rata.
- Tuang dalam loyang yang sudah disapu mentega.
- Kukus 2-4 jam.
2. Resepi Kek Buah
Nak dapatkan kek buah yang wangi, anda perlu campur dengan perahan lemon. Memang semerbak baunya. Resepi dari Nor Aznida Ab Rahman.
Bahan-bahan
- 1 cawan planta
- 1 cawan gula castor
- 5 biji telur gred B
- 2½ cawan tepung gandum *ayak
- 2 sk baking powder *ayak
- 1 sk soda bikarbonat *ayak
- 2 sb susu tepung
- ½ biji perahan lemon @ 1 sb sunquick
- (Sy guna sunquick)
- 1 sk esen vanila
- Buah campur ceri merah, ceri hijau, kismis & kurma.
- Buah campur ni dibasuh & di toskan terlebih dahulu.
Cara penyediaan
- Buah campur ni dibasuh & di toskan terlebih dahulu.
- Ambil tepung dalam bahan tadi 2 sudu besar gaulkan dalam buah campuran bagi tepung lekat dengan buah. Bertujuan untuk bagi buah campur tu tak mendap di bahagian bawah kek.
- Bahagian atas kek taburkan buah campur tanpa tepung.
- Pukul planta dengan gula castor sampai kembang.
- Masukkan telur satu persatu & pukul lagi bagi kembang.
- Masukkan esen vanila, perahan lemon, susu tepung & masukkan tepung yang diayak tadi.
- Nak bagi colour cantik, masukkan sedikit pewarna kuning.
- Akhir sekali masukkan buah campur dalam bancuhan kek.
- Masukkan dalam loyang & taburkan lebihan buah tadi..
- Bakar pada suhu 160°c selama 45 minit @ bergantung pada suhu oven masing-masing.
3. Resepi Kek Buah Kukus Super Moist
Kalau anda nak tahu kek buah yang paling sedap adalaha kek buah kukus tapi mempunyai tesktur moist atau kenyal. Sedap sungguh! Resepi dari Zaimah Zakaria.
Bahan-bahan
Bahan A
- 300 gm gula pasir
- 250 gm butter berkualiti tinggi
- 500 gm mixed fruit
- 50 ml air panas
Bahan B
- 350 gm tpg gandum*
- 2 sudu kecil soda bikarbonat*
- 1 sudu kecil cream of tartar*
- 1 sudu kecil serbuk buah pala@nutmeg*
- (ayak bahan bertanda * ketepikan)
Bahan C
- 3 biji telur gred A
- 1 sudu kecil esen vanilla
Cara penyediaan
- Mula sediakan dahulu bahan A sama seperti buat gula hangus, masak gula sampai cair dan keperangan@hangus tuang air panas perlahan.
- Cairkan balik gula tadi masukkan butter, bila butter dah cair masukkan mixed fruit kacau sebati(sejukkan).
- Dalam bekas lain putar telur dengan esen vanilla sampai berbuih.
- Tuang telur dalam adunan mixed fruit kacau rata sambil masukkan bahan yang diayak tadi sikit demi sedikit.
- Kacau rata sampai semuanya sebati.
- Masuk dalam loyang 8×8 yang dilapik baking paper.
- Tutup dengan aluminium foil kukus selama 4 jam.
- 2 jam pertama api sederhana dan 2 jam terakhir api perlahan.
- Sejukkan kek baru potong.
4. Resepi Kek Buah Mudah
Kalau baru nak buat kek buah, boleh cuba resepi dari Hadiyana Che Halim ini. Bahan tak banyak dan langkah yang mudah sesuai untuk pemula.
Bahan-bahan
- 400g butter/majerin
- 1 ¹/² cawan gula halus
- 4biji telor gred A
- 1sudu kecik ovelet
- 3 ¹/² cawan tepung naik sndiri
- 2 cawan campiran buah
- 1 sudu Esen vanila
- 3 sudu besar oren sunquik
Cara penyediaan
- Campuran buah rendam sekejap dengn air suam then toskan. Nanti gaulkan dengan tepung.
- Mix butter, gula dan ovelet sampai kembang.
- Masukkan telur, esen vanila dan oren sunquik.
- Then masukkan tepung. Kacau guna spatula. Masukkan buah tinggalkan sedikit untuk tabur atas.
- Masukkan dalam Loyang saiz 9×9.
- Bakar suhu 170 selama 45- 50 minit.
5. Resepi Kek Buah 3 Bahan
Resepi kek kukus buah dari Danish Harraz paling mudah kerana menggunakan 3 bahan sahaja. Tapi hasilnya sangat lembut dan moist.
Bahan-bahan
- 1kg Mixed Dried Fruit
- 2 1/2 cawan Susu Coklat
- 2 cawan Self-Raising flour
- Optional:
- 1/2 cawan Kekacang yang dicincang atau boleh letak lebih jika suka
Cara penyediaan
- Tuang susu dalam mixing bowl. Masukkan mixed fruit. Gaul sekata. Wrap mixing bowl kemudian simpan dalam petisejuk semalaman.
- Keesokannya mixed fruit dah kembang, keluarkan dan kacau rata. Masukkan self raising flour dan kaup balik hingga rata. Masukkan kekacang (jika guna) kaup balik rata sekejap saja.
- Tuang adunan dalam baking tray yang telah dialas baking paper. Danish guna baking tray saiz 9×9. Boleh guna saiz 8×8 jika mahu cake lebih tinggi dari yang Danish buat.
- Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 140°C selama 1 jam 45 minit atau lebih, hingga cake masak, ikut jenis oven masing-masing tapi jangan over bake. Bila cake masak, keluarkan dan biarkan cake sejuk sepenuhnya dalan baking tray sebelum dialihkan.
Resepi Menarik Yang Lain
Kalau anda nak tahu ada banyak lagi resepi menarik yang ada kami sediakan untuk anda. Terima kasih juga ya kerana telah singgah di laman web kami.