Resepi Kek Alunan Kasih Kek Dulu-dulu Sampai Sekarang Disukai
Resepi kali ini adalah merupakan satu lagi resepi yang sesuai sebagai menu hi-tea. Kek alunan kasih adalah kategori kek butter yang diubah suai dengan teknik yang sedikit berbeza. Teknik yang digunakan ini yang memberi kepada namanya,alunan kasih.
Teknik yang dimaksudkan ialah menabur setiap lapisan adunan dengan serbuk koko yang padat. Apabila adunan kek ini dibakar ia memberi satu corak yang amat menarik seperti didalam gambar.
Bahan-bahan
A
- 1 ½ cawan tepung gandum
- 1 sudu kecil serbuk penaik
B
- Butter 250g
- 1 cawan gula halus
- 4 biji telur
- 1 sudu teh esen vanila
Kaedah
- Mula-mula panaskan oven pada suhu 160c sekurang-kurangnya 10 minit.
- Sediakan loyang bulat saiz 8”
- Ayak bahan A, ketepikan.
- Pukul bahan B iaitu butter dan gula hingga pucat, masukkan telur satu demi satu. Tambahkan esen vanila sekali.
- Kaup balik bahan basah ini dengan tepung berselang seli.
- Bahagikan adunan kepada 2 atau 3 warna
- Tuang adunan warna pertama dalam loyang,kemudian tabur serbuk koko padat-padat guna penapis.
- Ulang setiap layer hingga habis
- Bakar pada suhu 160c selama 40 – 50 minit.
- Sejukkan diatas besi redai sebelum dihidangkan
Kek ini amat enak dihidangkan bersama secawan teh o atau kopi hitam. Ia amat digemari terutama oleh golongan dewasa kerana rasanya yang lebih ringkas dimana ia tidak menggunakan sebarang krim. Diharap anda akan mencuba resepi kek yang pernah viral suatu masa dahulu, selamat mencuba!
Resepi – resepi lain yang menarik
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.