Resepi Jus Kedondong Asam Boi (Sedap Menyegarkan)
Resepi kali ini merupakan sebuah resepi minuman yang amat menyegarkan. Air jus kedondong asam boi ini biasanya ditemui dipasar malam atau bazar Ramadan. Lazimnya ia dijual didalam balang air yang besar,penjual air dipasar malam sememangnya kreatif dalam menawarkan pelbagai pilihan air. Jus kedondong ini diperbuat dari buah kedondong yang dikisar bersama asam boi dan limau kasturi.
Oleh itu kali ini Madam akan kongsikan dengan anda bahan-bahan yang diperlukan untuk menghasilkan air kedondong yang amat sedap ini.
Resepi Jus Kedondong Asam Boi (Sedap Menyegarkan)
Bahan-bahan
- 12 biji buah kedondong
- 10 biji asam boi jenis putih
- 4 biji limau kasturi, perah jusnya
- 3 liter air mineral/air berpenapis
- Setitis pewarna hijau(pilihan)
- Gula secukup rasa
- Ais kiub secukupnya
Kaedah
- Rebus 5 biji asam boi dengan 1 liter air dan 2 senduk gula pasir hingga gula larut.
- Sejukkan.
- Sementara itu cuci buah kedondong hingga bersih (sental kulit buah dengan berus hingga kelihatan hijau) atau boleh juga kikis dengan pisau.
- Potong kecil isi buah dan buang bijinya. Ketepikan.
- Kikis isi asam boi yang telah direbus tadi, buang bijinya.
- Air rebusan digunakan untuk mengisar buah kedondong dan tapis dalam jug.
- Tambah baki air mineral tadi, kacau dan rasa, jika kurang manis bole tambah gula.
- Masukkan jus limau kasturi dan baki 5 biji asam boi.
- Kacau dan biarkan sekejap.
- Tambah ais kiub secukupnya dan boleh hidangkan.
- Sedap diminum sejuk.
Bagi anda yang kurang terlalu manis,anda bolehlah menganggar sendiri sukatan gula yang diperlukan. Begitu juga dengan tahap kemasaman yang anda suka ,anda juga menganggar sendiri asam limau yang disukai. Untuk mendapat warna hijau seperti air balang, tambahkan sendiri setitis pewarna hijau. Jika tidak memadai warna asal sahaja. Begitulah bagi anda yang suka pada buah kedondong,bolehlah mencuba resepi mudah ini. Selamat mencuba!
Resepi – resepi lain yang menarik
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.