Resepi Jemput-jemput Pisang Versi Guna Yis Bikin Terliur

Resepi ini adalah resepi jemput-jemput pisang, dinamakan begitu kerana untuk mendapat rupanya yang bulat adunan akan diambil sejemput sahaja menggunkan tangan yang basah.

Lazimnya pembuatan jemput-jemput hanya menggunakan pisang, gula dan juga tepung. Tapi dalam resepi kali ini saya mencuba resepi cekodok pisang yang menggunakan yis, yis adalah antara bahan utama kalau hendak buat donat ataupun roti. Jom kita lihat bagaimana penyediaan jemput-jemput pisang ini.

Bahan-bahan

  • 10-15 biji pisang emas/montel yang telah masak.
  • 3 cawan tepung gandum
  • 1 cawan tepung beras
  • 2-4  tbsp gula
  • 1/2 tsp garam 
  • 1 tsp serbuk yis
  • Air secukupnya

Kaedah

  • Lenyekkan pisang hingga lumat.
  • Masukkan gula dan yis. 
  • Kacau hingga semua sebati. 
  • Baru masukkan tepung gandum, tepung beras,garam dan kacau sehingga sebati. 
  • Biarkan sekurang-kurangnya 30 minit sebelum digoreng.
  • Basahkan tangan, ambil sejemput adunan dan goreng.
  • Gunakan minyak yang betul-betul panas untuk mendapatkan cekodok yang garing diluar, lembut didalam.. 
  • Siap.

Jemput-jemput pisang ini memberi rasa yang lebih lembut, tahan lebih lama dan rasanya lebih gebu. Untuk membuat jemput-jemput pisang paling penting gunakan pisang yang telah masak dan gunakan pisang yang manis seperti pisang emas. Biasanya saya tidak tambah gula kerana saya gemar rasa manis-manis sahaja tetapi bila anda buat jemput-jemput pisang guna yis, gula adalah perlu untuk aktifkan dia. Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Resepi Menarik Lain