Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Jagung Bakar Sapu Mayonis Lain Macam Sedap Dia

author name

📄

Resepi kali ini merupakan idea menyediakan jagung bakar yang lain dari kebiasaannya. Saya jumpa resepi ini dalam youtube sahaja ketika mencari idea hidangan bbq dalam majlis keraian keluarga baru-baru ini. Dalam resepi ini jagung yang dibakar disapu dengan butter dan sedikit air garam bagi menaikkan rasanya kemudian ianya disapu dengan mayonis. Baiklah berikut adalah bahan-bahan yang digunakan.

Bahan-bahan

  • Jagung manis
  • Air garam
  • Butter
  • Mayonis

Kaedah

  • Bersihkan jagung, buang kulit dan juga bulunya.
  • Bakar diatas pembakar bbq atau air fryer.
  • Sekali kala renjis dengan air garam menggunakan berus.
  • Apabila telah masa, sapu dengan butter hingga rata.
  • Akhir sekali paipkan mayonis sebelum dinikmati
  • Siap!

Mayonis memberi rasa yang lebih berlemak dan manis walaupun dalam mayonis tiada gula entah bagaimana  ia menaikkan rasa manis yang terdapat dalam jagung. Tapi gunalah jagung yang segar kerana ia memberi rasa yang lebih sedap dan lebih manis. Resepi ini amat sesuai digunakan dalam majlis bbq bersama keluarga. Namun begitu bagi peminat jagung anda boleh masak jagung manis ini menggunakan air fryer kerana ia memberi hasil yang sama, cuma potong kecil agar boleh muat dalam air fryer! Selamat mencuba!

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.