Resepi Ikan Tongkol Masak Jeruk Utara Masakan Kampung Sempoi Habis
Resepi seterusnya ini ialah masakan berasaskan ikan yang sangat mudah untuk disediakan. Ikan masak jeruk ini ialah masakan utara yang sangat biasa dikalangan masyarakat disana. Penyediaan masakan ini sangat mudah dan bahan-bahan digunakan juga sangat ringkas, namun sebaliknya masakan ini juga tahan lama malah lebih lama lebih sedap mungkin kerana penggunaan cuka.
Baikkah bagi anda yang mencari-cari idea masakan tenghati anda berikut adalah bahan-bahan yang digunakan didalam resepi ini.
Bahan-bahan:
- Ikan tongkol ( hiris dan goreng garing)
- Bawang besar (hiris)
- Bawang putih (hiris)
- Halia (hiris halus)
- Biji sawi
- Cili padi hijau
- Bawang merah kecil
- Cuka
- Garam dan serbuk perasa secukup rasa.
Kaedah
- Tumiskan bawang besar, bawang putih yang diketuk, halia yang dihiris halus sampai wangi dan masukkan biji sawi.
- Masukkan air secukupnya dan kemudian masukkan cuka bersama gula dan serbuk perasa
- Bila kuah dah mengelegak boleh masukkan ikan.
- Cili hijau dan bawang kecil tu hanya pilihan.
Resepi ini menggunakan ikan tongkol sebagai bahan utamanya, ikan tingkol biasa digunakan didalam lauk singgang namun anda boleh menggunakan sebarang ikan yang anda gemar. Begitu juga jika anda suka akan rasa pedas, bolehlah anda menambah cili api kegemaran anda. Selamat mencuba!
Resepi – resepi lain yang menarik
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.