Resepi Tradisional, Moden & Terkini

10 Resepi Ikan Kembong Memikat Selera

author name

Ikan kembung memang menjadi kegemaran kita kan kalau buat lauk? Antara ikan yang selalu dihidangkan tak kira waktu. Kalau anda nak tahu ikan kembung ini ada saiz besar dan kecil. Selalunya yang besar sedikit mahal kerana mempunyai kemampatan isi.

Resepi kali ini adalah ikan kembung, sesuai dimasak dengan pelbagai jenis masakan membuatkan sesiapa pun tak jemu makan hidangan ini. Kalau anda dah kering idea tak tahu nak masak lauk apa hari ini, jom baca koleksi resepi ikan kembong ini.

Resepi Ikan Kembung Pedas Ala Thai

Resepi ala Thai memang menjadi kegemaran. Rasa pedas, masam dan manis menajdikan hidangan bertambah selera, Resepi ikan kembung masak ala Thai ini dari Ena Linda.

Bahan-bahan

  • 2 ekor ikan kembung
  • 2 sudu makan serbuk cili bancuh dengan sedikit air
  • 2 ulas bawang putih – cincang
  • 1 inci halia – dihiris
  • 1 batang serai – dihiris
  • 4 sudu makan sos cili **
  • 2 sudu makan sos tomato **
  • 1 sudu makan sos tiram **
  • 2 sudu kecil sos ikan **
  • 2 helai daun limau purut **
  • 1 biji limau kasturi – perah ambil jus **
  • 1/4 cawan air panas **
  • 1/2 sudu kecil garam halus atau sesuaikan rasa **
  • 2 sudu kecil gula atau sesuaikan rasa **
  • 1 biji bawang besar – potong dadu
  • 10 biji cili api – dipotong
  • 1 biji tomato – potong dadu

Cara Penyediaan

  1. Ikan kembung dibersihkan gaul dengan kunyit dan garam, goreng hingga masak dan ketepikan.
  2. Dalam kuali masukkan sedikit minyak, tumis bawang putih, halia, serai, cili kemudian diikuti bahan bertanda ( ** ) hingga naik bau harum. Masa ni dah dapat aroma ala masakan thai. Pastikan semua sudah cukup rasa.
  3. Akhir sekali masukkan tomato, bawang dan cili api, masak sebentar dan gaul sekata. Tuang atas ikan yang digoreng tadi.

Resepi Sambal Tumis Ikan Kembung

Lauk wajib masak kalau bersama ikan kembung. Lauk ini memang selalu dimasak. Mudah dan sedap. Resepi sambal tumis ikan kembung ini dari Cik Ena Rahman.

Bahan-bahan

  • Ikan kembung(goreng)
  • Cabai kering*
  • Bwg besar*
  • Bwg putih*
  • Belacan*
  • Asam keping(1)
  • Kicap
  • Sos cili
  • Sos tiram
  • Cukup rasa
  • Garam
  • Gula
  • Ajinomoto (optional)

Cara Penyediaan

  1. Bahan yg bertanda * blend hancur. Kemudian panaskan minyak, tumiskan bahan blend.
  2. Biar sekejap dan masukkan sos cili, kicap, sos tiram, cukup rasa, garam, gula, asam keping dan ajinomoto. Kacau biar pecah minyak dan boleh masukkan ikan kembung tadi.
  3. Gaul bagi sebati biar sekejap dalam 2 3 minit.

Resepi Percik Ikan Kembung

Hidangan percik bukan hanya sesuai untuk ayam sahaja, malah lagi sedap jika dimakan bersama ikan kembung. Jom baca resepi percik ikan kembung ini dari Suhasnida Ismail.

Bahan-bahan

Bahan A: Perap Ayam/Ikan

  • 8 ulas bawang putih
  • 3 batang serai
  • 1inchi halia
  • 1 tbsp cili kering kisar
  • 2 inchi kunyit hidup
  • s\Sedikit serbuk perasa/aji/pasti sedap
  • 1tbsp garam
  • 1/2 tbsp jintan manis
  • Secubit belacan (optional)
  • Sedikit air untuk blend

Bahan B: Bahan Kuah

  • 8 biji bawang merah size 50sen
  • 2 ulas bawang putih
  • sehiris halia
  • 1 tbsp ketumbar biji (sangai)
  • secubit belacan
  • 3 tbsp cili kering
  • 900ml santan pekat
  • 2 hiris asam limau/asam keping

Bahan C: Bahan Perasa

  • 2 tbsp garam bukit
  • 2 tbsp gula pasir
  • 2 tbsp gula kabung thai
  • 1 tsp serbuk perasa/aji/pasti sedap

Cara Penyediaan:

  1. Kisar bahan A dan lumur pada ikan dan perap sejam.
  2. Jika guna ayam, lumur pada ayam dan rebus sekejap ayam di atas dapur dengan sedikit santan sehingga separuh masak.
  3. Blend bahan B dan masukkan dalam periuk.
  4. Masukkan santan pekat dan bahan perasa.
  5. Masak sampai mendidih & pekat.
  6. Bakar ikan atau ayam sampai masak.
  7. Salut kuah percik pada ikan atau ayam dan bakar.Buat 4x salutan baru percik lagi bertambah sedap.
  8. Kuah percik ni dapat untuk 5 ekor ikan, 1 ekor stgh ayàm size 2kg.

Resepi Asam Rebus Ikan Kembung

Asam rebus ikan kembung memang sedap gabungan rasa masam pedas memikat hati. Lauk ini juga sesuai dihidangkan untuk anak-anak. Resepi ini dari Alynn Johanariffin.

Bahan-bahan

  • Ikan kembung
  • Bawang besar*
  • Bawang putih*
  • Cabai kering*
  • Cabai hidup merah*
  • Belacan*
  • Kunyit hidup*

Tanda (*) semua blend.

  • Kunyit ketuk
  • Lengkuas
  • Halia
  • Asam keping
  • Bendi

Cara Penyediaan

  1. Panaskan kuali masukkan bahan yang blend sekali dengan air untuk dijadikan kuah.
  2. Masukkan serai halia dan lengkuas yang telah diketuk.
  3. Masukkan asam keping.
  4. Masukkan bendi.
  5. Masukkan ikan.
  6. Perasakan dan siap.

Resepi Ikan Bakar Ikan Kembung Simple

Ikan kembung juga sesuai dijadikan ikan bakar. Makan pula bersama cili kicap memang nikmat, Resepi dikongsikan oleh Dani J Tang.

Bahan-bahan

  • 1 peket kecil perencah bihun goreng adabi.
  • 2. sedikit garam (½ sudu kecil)
  • 3. Sedikit gula (blh ganti madu)
  • 4. sedikit serbuk garlic, serbuk kunyit
  • 5. Gaul & lumur pada ikan. Perap sekejap (30min – 1 jam ok lah).

Cara Penyediaan

  1. Sediakan loyang yang di lapik baking paper atau daun pisang, kemudian letak atas dapur gas.
  2. Susun ikan, kemudian renjiskan minyak (anggaran dlm 2-3 sudu makan). Hidup kan api. Saya guna loyang bulat dan tutup guna penutup periuk untuk tutup loyang tu (periuk saiz 22cm).
  3. Balikkan, setiap sisi tu dalam 15min bergantung saiz ikan. Panggang sehingga masak.

Resepi Ikan Kembung Rebus Air Asam

Dengar nama pun dah kecur air liur kan? Belum dapat makan lagi memang bertambah pinggan. Resepi ikan kembung air asam ini dikongsikan oleh BellaNasz Nasz.

Bahan-bahan

  • 4 ekor ikan kembung
  • 1 ulas bawang merah besar diricih
  • 6 biji cili padi-diricih
  • 1 biji cili besar merah dipotong
  • 2 cm belacan – dibakar & dtenyeh.
  • 1 biji tomato-dipotong
  • 3 s/b asam pes asam jawa
  • 2 biji limau kasturi
  • 1sudu kecil kerisik
  • Garam & gula

Cara Penyediaan

  1. Ikan direbus atau di kukus.
  2. Biarkan ikan mendidih dan masak..
  3. Angkat ikan dan ketepikan.
  4. Bancuh air rebusan dgn bahan ricih (tambah air lagi jika inginkan kuah yg lebih).
  5. Masukkan bahan yang dipotong dihiris tadi (tomato + cili merah,cili padi & bawang besar).
  6. Masukkan pes asam jawa & perahkan 2 biji limau kasturi.
  7. Masukkan blacan, kerisik,bubuh garam & gula,gaulka sebati..
  8. Sesuaikan rasa & kepekatan kuah yg diingini.
  9. Siram atas ikan rebus tadi, hidangkan dengan nasi panas.

Resepi Ikan Kembung Masak Kicap Pedas

Lauk paling simple memang selalu mengenyangkan. Ikan kembung masak kicap ini memang tak boleh lawan lauk lain, nak pedas boleh letak cili api. Resepi dikongsikan oleh Cik Tiqah .

Bahan-bahan

  • Ikan kembung
  • Serbuk kunyit
  • Serbuk perasa ( garam, ajinomoto, gula )
  • Halia
  • Bawang putih
  • Bawang merah
  • Kicap masin
  • Kicap manis
  • Sos tiram
  • Sos adabi korea spicy

Cara Penyediaan

  1. Bersihkan ikan kembung dulu dan buh garam, ajinomoto dan kunyit bagi rata. Goreng dan asingkan tepi.
  2. Kuali satu lagi panaskan minyak masak sikit untuk tumis bawang, cili dan halia tadi sampai wangi.
  3. Satukan segala sos, kicap, gula campak sekali.
  4. Tambahkan sikit air dan masukkan ikan yang dah goreng tadi.
  5. Masukkan bawang holland sekali untuk hiasan .

Resepi Ikan Kembung Masak Asam

Selalunya masak asam ini hidangan untuk ibu berpantang. Tapi boleh juga kalau nak buat hidangan lauk tengahari kan? Anak-anak pun boleh makan sekali. Resepi mudah ini dari Qasih Jue Aisya.

Bahan-bahan

  • 4 ekor ikan kembung, letak garam kunyit kemudian goreng sekejap ketepikan…
  • 1 labu bawang besar potong bulat
  • 1 biji cili merah potong serong
  • 2 ulas bwg putih ketuk² jer
  • 3’4 biji cili padi merah/hijau
  • Sedikit Air asam jawa
  • Garam / gula
  • 1 sdb santan pekat
  • 1 inci halia potong mancis

Cara Penyediaan

  1. Minyak yang sama goreng ikan tadi kurangkan, dan tumis bawang putih sampai kekuningan.
  2. Kemudian masukkan halia, bawang besar dan cili merah, kacau sampai layu masukkan air asam jawa + sedikit air untuk kuahnya, garam gula, ikan dan santan masak sampai mendidih, padam api last tabur cili padi siap.

Resepi Asam Pedas Ikan Kembung

Asam pedas ikan kembung memang tidak boleh dinafikan lagi keenakannya. Lauk ini memang berhantu. Makan pula bersama sambal belacan. Resepi ini dari Azizah Daud.

Bahan-bahan

Bahan blend

  • 8biji cili kering
  • 2biji bawang besar merah
  • 3 ulas bawang putih
  • Sedikit halia
  • Sedikit kunyit hidup
  • Sedikit belacan jika suka

Cara Penyediaan

  1. Semua diatas kisar dan tapis air jangan buang simpan untuk kuah.
  2. Tomato, bendi bunga kantan daun kesum.
  3. Panas kuali tumis bahan yang ditapis tadi hingga garing dan pecah minyak. Masuk air tapis tadi dan air asam jawa.
  4. Masuk kuah byk mana kita nak sesuai dengan ikan. Dah mendidih masuk garam gula serbuk perasa jika suka. Masuk ikan biar mengelegak masuk bendi dan tomato dan daun kesum. Agak sayur dah layu sikit jangan lama nti tak sedap tutup api. Tadaa dah siap.

Resepi Serunding Ikan Kembong

Serunding sedap dimakan bersama roti atau pulut. Jom cuba buat serunding ikan kembung ini dari Chinta Qaseh Zulaikha.

Bahan-bahan

  • 2 kg ikn kembung direbus dengan asam keping dan garam. Asingkn tulang. Tumbuk isi ikan guna lesung batu
  • 2 bji bwg besar *
  • 5 ulas bwg putih *
  • 1 inci halia *
  • 2 inci lengkuas muda *
  • 6 btg serai *
  • 1 genggam ikan bilis *
  • 15 tgkai cili kering direbus *

Kisarkan semua bahan bertanda * hingga halus

  • 3 sudu mkn biji rempah ketumbar disangai dan tumbuk kasar
  • 1 sudu cili flakes
  • 1 keping kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • Santan Pekat

Cara Penyediaan

  1. Panaskan kuali dengan sedikit minyak masukkan kulit kayu manis, bunga lawang dan bahan kisar. Tumis hingga wangi.
  2. Masukkan 1 sudu serbuk cili kasar/chilli flakes.. Masukakn sedikit garam dan 4 – 5 sudu gula. Gaul dan masukkan isi ikan tumbuk dan santan..
  3. Gaul sebati semua bahan.. Dan masak hingga kering dan api sederhana lebih kurang 2 jam. Siap.

Resepi Menarik Yang Lain

Kalau anda nak tahu banyak lagi resepi menarik telah kami sediakan untuk. Dari makanan sehingga pencuci mulut. Terima kasih kerana telah menjadikan laman web kami sebagai rujukan.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *