Resepi Hummus Sun Dried Tomato Dari Timur Tengah Simple Suai Diet

Resipi kali ini adalah masakan yang berasaskan masakan Arab yang mempunyai ramai peminat dinegara kita ini. Hummus adalah masakan yang diperbuat daripada kacang kuda dan juga beberapa bahan lain. Ianya dinikmati bersama dengan sayur sayuran ataupun roti Prata. Asal usul hummus sentiasa menjadi pendebatan namun begitu paling penting hummus ini baik untuk kita kerana ia ada protin dan lemak yang dihasilkan pula jenis lemak sihat yang baik untuk jantung kita. Baiklah bagi anda yang ingin mencuba berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan

Bahan-bahan

  • 1 cawan kacang kuda dalam tin (tapis dan cuci sedikit)
  • 1 tbsp tahini
  • 1 tbsp lemon juice
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 ketul dried tomato
  • 2 tbsp minyak zaitun

Kaedah

  • Kisar semua bahan kecuali dried tomato dan minyak zaitun.
  • Selepas kisar barulah masukan tomato dan minyak zaitun.
  • Siap!

Resepi ini saya cuba dari seorang chef yang femes dengan masakan low carb dan vegan iaitu Asian Keto. Jadi hidangan ini juga amat sesuai bagi anda yang sedang mengamalkan diet rendah karbo mahupun yang amalkan diet vegan ataupun rendah kalori. Ianya amat mengenyangkan dan juga mudah untuk disediakan malah ia juga tahan lama jika di simpan di dalam peti ais. Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Resepi Menarik Lain