Resepi Dessert Honeydew Cocktail Tengah Trending Sekarang Ni

Resepi kali ini ialah resepi pencuci mulut yang sedap dan mudah untuk disediakan. Sesuai dengan selera orang terkini yang menggemari cocktail premium, kali ini saya menggunakan buah honeydew. Khusus bagi peminat buah tembikai susu anda boleh mencuba sendiri resepi ini dan bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti berikut.

Bahan-bahan

  • Puding honeydew (beli siap)
  • Susu honeydew
  • Susu manis
  • Buah honeydew segar (potong dadu)
  • Biji selasih (rendam bagi kembang)

Kaedah penyediaan cocktail.

  • Dalam satu bekas besar masukkan semua bahan, kacau hingga sebati sebaiknya guna whisk.
  • Akhir sekali masukkan air batu sebelum dihidangkan 
  • Siap! 

Jika anda tidak jumpa susu honeydew, anda boleh buat sendiri dengan cara mengisar  buah tembikai susu bersama susu segar dan tambah sedikit susu manis untuk mendapat rasa yang lebih manis. Sebelum anda menikmati ia, sejukkan dahulu tapi jika tidak anda boleh juga tambah air batu sebelum dinikmati. Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Resepi Menarik Lain