Resepi Homemade Wafel Sempoi Sesangat

Resepi berikut merupakan salah satu resipi snek yang mudah terutamanya dikalangan ibu-ibu menyediakan makanan kegemaran anak-anak mereka iaitu waffle. Waffle adalah sejenis snek yang banyak dijual dikiosk-kiosk yang terdapat di pasaraya.

Namun begitu sebenarnya kia juga boleh dibuat dirumah anda sendiri. Bahan-bahan yang digunakan juga sangat ringkas dan mudah untuk didapati cuma ingin memerlukan membuat wafel yang bileh dibeli secara online. Baiklah bagi anda yang ingin mencuba berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan. 

Bahan basah 

  • 1 biji telur kuning
  • 1tsp esen vanila
  • 2 tbsp butter cair
  • 1 cawan air

Bahan kering 

  • 1 cup SRF atau 1 cup tpg gandum + 1tsp BP
  • 2 tbsp tepung jagung
  • Meringue 
  • 1 putih telur
  • 1tbsp gula aising

Kaedah

  • Campurkan semua bahan basah dan kacau sebati.
  • Kemudian masukkan bahan kering dan kacau lagi.
  • Akhir sekali kaup balik telur putih yang telah dipukul tadi.
  • Panaskan pembuat waffle.
  • Sapukan dengan sedikit minyak 
  • Ambil sesenduk kecil adunan dan tuang dalam pembuat waffle.
  • Biarkan selama 3 minit sebelum terbalikkan ia.
  • Apabila telah siap sapu dengan butter dan juga coklat atau sapuan kegemaran anda. 

Wafel ini sesuai dimakan bersama sapuan coklat, butter, peanut butter, jem atau pun kaya. Malah ia lebih sedap makan dengan aiskrim vanila, apapun ianya terpulanglah kepada citarasa anda untuk menjadikan ia lebih sedap dan diharap anda kan cuba sendiri resepi ini. 

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Resepi Menarik Lain