Resepi Garlic Prawn Sambal Bahan Minima Rasa Sedap
Resepi kali ini adalah merupakan resepi kegemaran kami sekeluarga. Sambal udang bawang putih ini adalah sedikit berbeza berbanding sambal tumis udang yang biasa dihidangkan. Dalam resepi ini bahan yang digunakan amat ringkas hanya menggunakan 3 bahan utama untuk menyediakan hidangan yang sangat sedap. Bawang putih yang ditambah memberi aroma yang menarik dan rasa yang lebih sedap. Baiklah bagi anda yang ingin mencuba berikut adalah bahan bahan yang digunakan.
Bahan-bahan
- Udang saiz L
- Cili kisar
- Bawang putih cincang atau tumbuk lumat
- Bawang besar dan daun bawang sebagai hiasan (pilihan)
- Garam,ajinomoto dan gula secukup rasa.
- *sukatan bahan adalah mengikut kuantiti udang.
Kaedah
- Mula-mual tumis bawang putih hingga naik bau
- Kemudian masukkan cili kisar dan tumis hingga naik minyak.
- Tambah air dan biarkan ia naik minyak sekali lagi.
- Masukkan gula dan gaul serta biarkan warna berubah menjadi gelap.
- Tambah garam dan ajinomoto
- Akhir sekali masukkan udang dan masakan hingga air udang keluar dan masak sebati.
- Siap!
Ada beberapa jenis cili kering tapi biasanya saya gnakan jenis kurang pedasa yang mana ianya agak pedas jadi bagi mengimbangkan rasa pedas saya tambahkan gula,ia juga memberi warna yang lebih menarik pada sambal ini. Sesetengah orang menggunakan gula perang tapi saya lebih suka gunakan gula putih sahaja. Apapun jangan lupa untuk mencuba resepi ini ya!