Resepi Frappucino Oreo Coklat (Oreo Chocolate Frappucino)

Biasanya bila dihujung minggu, Madam akan keluar berjalan-jalan bersama keluarga. Dihujung minggulah Madam akan mencuba menu-menu yang banyak dijual di kiosk-kiosk franchise pelbagai jenama. Anak-anak Madamlah yang paling gemar mencuba. Terutama jenis minuman. Boba milk tea, Latte ice dan ice blended.

Sebut pasal ice blended, sebenarnya versi ice blended zaman kanak-kanak Madam ialah air batu campur. Air batu yang dikisar kemudian dicurah sirap manis,susu pekat dan susu cair. Ditaburi kacang ,jagung,cincau. Itulah versi ice blended kami dulu.

Zaman berubah, dengan kebanjiran pelbagai menu minuman manis. Air batu campur kini diinovasikan sebagai ice blended. Air batu yang dikisar dengan serbuk manisan yang telah siap ada dijual di kedai.

Tapi kebelakangan ini ada satu lagi versi ice blended,iaitu frappucino. Frappucino sebenarnya ialah minuman trademark Starbuck. Ia adalah minuman berasaskan kopi. Kopi espresso yang dikisar bersama ais. Tapi ada juga frappucino yang berasaskan krim. Ia dikisar bersama susu atau krim dan sos.

Oleh itu hari ini, Madam ingin bawakan resepi Frappucino Oreo Coklat. Bahannya sangat mudah. Mari kita lihat bahan-bahannya.

Resepi Frappucino Oreo Coklat ala Starbuck

Bahan-bahan kisar

  • 2 sudu besar sos coklat (resepi disini)
  • 1 gelas air batu
  • 200ml susu full cream
  • 4 keping biskut oreo
  • 1 sudu besar caramel syrup/1 sudu besar gula ( jika suka manis, resepi disini)

Hiasan

  • Krim putar
  • Biskut oreo
  • Chocolate sauce

Kaedah

  • Kisar semua bahan kisar.
  • Hiasi gelas dengan chocolate sauce dahulu.
  • Tuang semua bahan yang telah dikisar. Hiasi dengan krim putar diatas dan chocolate sauce serta oreo.
Krim putar yang boleh digunakan sebagai hiasan vie Google Image

Simple sahaja tapi sangat digemari.

Nah sekarang bolehlah jamu anak-anak anda dengan minuman mewah ini. Jimat dan sedap. Selain dari ini,boleh juga cuba resepi kami yang lain ya.

Resepi Menarik Lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *