Resepi Donat Pandan Guna Breadmaker Tahan Lembut 24jam

Resepi berikut adalah cara membuat donat pandan dengan menggunakan breadmaker. Khusus bagi mereka yang mempunyai breadmaker sendiri dirumah selain dari membuat roti ia juga boleh membuat donat yang lembut dan tahan hingga 12 jam jika disimpan dalam bekas bertutup. Bahan-bahan digunakan dalam resepi ini juga amat mudah didapati dan bila anda guna breadmaker sebenarnya anda dapat jimat banyak masa. Baiklah bagi anda yang ingin mencuba berikut adalah bahan-bahannya.

Bahan-bahan

A

  • Gula 75g
  • Minyak masak 20g
  • Ais 75g
  • Air 200g
  • Yis 11g (1 pek kecil)
  • Emulco pandan 1tbsp

B

  • Tepung gandum/roti 500g
  • Bread Improver 1tsp
  • Bread Softner 1tsp
  • Garam 1tsp

C

  • Marjerin 50g

Kaedah

  • Dalam breadmaker letak semua bahan A kemudian tambah bahan B tekan fungsi doh.
  • Bila doh mulai bersatu masukkan marjerin dan biarkan mesin menguli doh hingga doh naik (biasanya ia ambil masa 1 jam setengah)
  • Bila doh dah naik, keluarkan doh dan uli sedikit untuk keluarkan udara didalamnya dan selepas itu bentukkan donat.
  • Biarkan sebentar sebelum anda goreng, toskan minyak dan kemudian gaul dengan gula halus.
  • *saya guna gula halus,susu tepung dan sedikit kelapa kering.

Jika anda tidak ada breadmaker anda boleh guna mixer jenis heavyduty ataupun anda boleh guna tangan sahaja. Ia mungkin memakan masa untuk menguli bila anda gunakan tangan kerana doh untuk donat perlu diuli lama hingga ia menjadi elastik. Jadi jika anda mencari resepi donat yang lembut sampai petang bolehlah cuba resepi ini. Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Resepi Menarik Lain