Resepi Deko Cheesetart ( Untuk Lukis Atas Cheesetart))

Resepi kali ini adalah antara resepi atau teknik yang menjadi ‘top secret’ baker-baker. Selalu resepi ini dijual dan hanya terdapat didalam kelas-kelas online PJJ. Dan percayalah anda tidak akan dapat jumpa resepi ini di youtube atau seumpamanya. 

Sebenarnya teknik melukis diatas kek krim, fondant atau cheesetart adalah berbeza. Untuk cheesetart, bahan yang digunakan hanya cream cheese dan gula sahaja. Ia juga tidak perlu dibakar kerana ia tidak mengandungi telur. Anda hanya perlu tambah pewarna yang berasaskan air ataupun minyak.

Mari lihat bahan-bahan yang diperlukan dalam resepi ini.

Resepi Deko Cheesetart ( Untuk Lukis Atas Cheesetart)
Bahan-bahan

  • 50gm cheese
  • 10gm ising sugar
  • Warna kesukaan

Kaedah

  • Pukul cheese hingga kembut,tambahkan gula ising.
  • Pukul keduanya hingga lembut dan sebati.
  • Tambahkan pewarna dan letakkan ia didalam beg piping agar mudah melukis diatas cheesetart.



Untuk mendapatkan hasil yang cantik, latihan diperlukan. Lebih kerap anda berlihat lebih mantap hasilnya nanti. Anda perlu letak krim ini didalam beg piping agar mudah untuk anda berkerja. Gunting halus muncungnya agar krim yang dikeluarkan halus seperti mata pena. Tetapi jangan terlalu halus kerana dikhuatiri krimnya sukar dikawal.

Apapun latihan dan kesungguhan sangat diperlukan didalam bidang ‘edible art’. Ini kerana kita berkarya menggunakan makanan yang mempunyai ragamnya tersendiri, berbanding alat lukis biasa. Jadi, cubalah teknik ini dan jangan lupa untuk like dan share resepi ini agar ia dapat memanafaatkan orang lain. Selamat mencuba

Resepi Lain Yang Menarik.

Terima kasih kerana melayari laman web kami. Disini kami mempunyai pelbagai lagi resepi-resepi yang menjadi perkongsian dan terbukti menjadi. Jadi sudilah melihat koleksi resepi kami ya.

Resepi Menarik Lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *