Resepi Daging Goreng Telur Idea Diet Karnivor

Resepi kali ini amat sesuai bagi penggemar daging, khusus bagi pengamal diet karnivor yang amat menekankan makanan bersumberkan protein. Dalam hidangan ini bahan-bahan yang digunakan juga amatlah ringkas dan penyediaannya juga cepat namun bagi memenuhi selera peminat karnivor daging adalah sumber protein yang mengenyangkan dan tahan lama kenyang. Jadi bagi anda yang ingin hidangan ringkasan dan anda pula penggamal diet karnivor maka resepi ini amat sesuai untuk anda, berikut adalah bahan-bahannya. 

Bahan-bahan

  • 300g Daging lembut
  • 2 ulas bawang putih cincang
  • 1tbsp serbuk lada hitam
  • Brokoli potong kecil (pilihan)

Bahan sos

  • 1tbsp sos tiram
  • 1tbsp sos lada hitam

Bahan lain

  • Telur sebiji

Kaedah

  • Hiris daging dan kemudian tumis dengan sedikit minyak
  • Bila daging mulai masak tambah brokoli.
  • Masukkan sekali bawang dan juga lada hitam.
  • Tambah sos dan sedikit air jika ia kering.
  • Bila daging dan sebati masukkan telur.
  • Tutup api sebelum telur betul-betul masak.
  • Siap!

Masakan ini juga sedap dimakan dengan nasi atau roti. Namun bagi pengamal diet ianya sedap dimakan begitu sahaja namun kurangkan sukatan garam supaya lebih sedap dinikmati, telu jangan dimasak lama kerana ia lebih sedap bila telur masih basah. Selamat mencuba.

Resepi Menarik Lain