Resepi Cucur Sayur Rangup Penuh Khasiat

Cucur adalah salah satu cara atau hidangan paling mudah untuk disediakan. Bahan yang digunakan juga ringkas seperti tepung dan air sahaja. Namun ada banyak versi cucur yang direka demi memenuhi selera salah satunya ialah cucur sayur. Namun begitu cucur sayur amatlah jarang dicuba walaupun Ianya amat sedap dan bagi peminat sayur pasti akan suka cucur ini. Antara sayur yang digunakan dalam resepi ini ialah carrot, kobis dan daun kucai, berikut adalah bahan-bahannya.

Bahan-bahan

  • Kobis potong nipis-nipis
  • Carrot potong memanjang macam mancis
  • Daun kucai potong memanjang macam mancis
  • Bawang besar hiris bulat
  • Cili merah potong serong
  • Tauge (kalau suka)
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Tepung gandum 
  • Air secukupnya

Kaedah

  • Masukkan sayur yang telah siap dihiris dan dipotong dalam bekas yang cukup besar.
  • Tambah tepung sedikit demi sedikit sambil gaul.
  • Masukkan air sedikit demi sedikit, bancuhan mestilah tidak terlalu pekat atau cair.
  • Tambah garam dan gula.
  • Dalam minyak yang panas dengan menggunakan sudu yang cukup besar ambil adunan dan goreng hingga garing barulah dialih dan toskan minyak sebelum dihidangkan.
  • Siap!

Untuk mendapat rasa yang rangup pastikan ada kurangkan tepung sebaliknya lebihkan sayur terutama sayur kobis yang disagat halus.Begitu juga air tak perlu banyak sebab itu ia perlu ditambah sedikit demi sedikit.  Makan pula dengan sos cili Thai pasti asyik sekali! Selamat mencuba.

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Resepi Menarik Lain